Buletin

VIPER NIZA RACING UMUM KERJASAMA DENGAN ASTON MARTIN RACING ASIA. SERTAI PERLUMBAAN DENGAN VANTAGE GT3 DAN GT4

Viper Niza Racing mengumumkan kerjasama dengan Aston Martin Racing Asia selepas berkecimpung dalam arena perlumbaan kelas prototaip dan touring selama lima tahun.

Pengumuman itu dibuat pada majlis pelancaran dua jentera lumba baharu itu di Aston Martin Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Pengarah Aston Martin Racing Asia, Weiron Tan.

Viper Niza Racing akan menggunakan dua model Aston Martin iaitu Vantage GT3 dan GT4 untuk bersaing dalam kempen perlumbaan serantau dan antarabangsa kelas GT Sport Car. Selain itu, Viper Niza Racing akan mengurus dan menyediakan servis untuk program perlumbaan membabitkan pelanggan.

Seramai 27 pelumba antarabangsa dari Singapura, Thailand, Belanda, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Perancis, Hong Kong dan Kanada akan bersaing dalam GT3/GTM dan GTC.

Setakat ini, Viper Niza Racing adalah satu-satunya negara Asean yang menggunakan Aston Martin Vantage untuk perlumbaan. Pasukan lain lain menggunakan jentera lumba buatan Toyota, Lexus, Audi, Porsche, Mercedes AMG, Bentley, Lamborghini dan Ford.

Jentera lumba Vantage GT3 dan GT4 menggunakan enjin 4 liter V8 turbo berkembar. Vantage GT3 merupakan jentera lumba sepenuhnya dan enjinnya mampu menjana 530hp dan 700Nm tork. Manakala Vantage GT4 pula menghasilkan kuasa sekitar 470hp dan tork 550Nm.

Viper Niza Racing Vantage GT3 akan debut di GP Formula Satu (F1) Singapura pada 1 hingga 2 Oktober depan yang diketuai oleh pemilik yang juga pemandu Viper Niza Racing, Douglas Khoo dan rakan kongsinya, Dominic Ang.

Khoo akan bersaing dalam perlumbaan sokongan Thailand Super Series (TSS) di Marina Bay Street Circuit pada Sabtu dan Ahad. Acara itu melibatkan dua perlumbaan sprint selama 25 minit di laluan sepanjang 5.063km.

Google ads
Back to top button