Buletin

GODZILLA TAK CUKUP POWER, FORD BANGUNKAN PULA ENJIN ‘MEGAZILLA’

Ford baru-baru ini ada memohon tanda dagangan ‘Megazilla’ yang didakwa secara khusus diklasifikasikan di bawah “crate motors, motor elektrik dan enjin pembakaran dalaman untuk kereta.”

Sebelum ini, timbul laporan bahawa ‘Godzilla’ V8 akan tersedia sebagai crate engine. Menjelang penghujung tahun yang sama, pembuat kereta itu mengumumkan ia sedang membangunkan enjin lebih berkuasa yang digelar ‘Megazilla’.

Sesetengah penala (tuners) telah berjaya mencapai banyak kemenangan dengan enjin Godzilla tanpa menggunakan force induction. Satu firma talaan mendakwa mampu menjana 789hp dengan lebih sedikit daripada badan pendikit 90 milimeter, manifold pengambilan bilet, modified heads dan mechanical roller camshafts.

Jelas sekali, asas enjin Megazilla mampu menghasilkan kuasa kuda yang tinggi tanpa modifikasi berlebihan. Ford menjanjikan enjin Megazilla sekurang-kurangnya dapat menghasilkan sekitar atau lebih 1,000hp dengan sepasang turbo.

Walau bagaimanapun, diharapkan Ford akan mengumumkan mengenai apa yang akan dimasukkan oleh enjin Megazilla. Di sudut lain, ia mendatangkan keterujaan melihat Ford masih membangunkan V8 baharu dan memastikan ia dapat terus digunakan di litar dan kereta sport.

Google ads
Back to top button