Buletin

ASTON MARTIN BERDEPAN MASALAH KEWANGAN. HUTANG CECAH HAMPIR RM5.2 BILION

Pengeluar kenderaan, Aston Martin berdepan masalah kewangan yang agak meruncing sehingga mencecah hampir AS$1.2 bilion (RM5.2 bilion).

Pada suku pertama tahun ini, syarikat terbabit mencatatkan kerugian bersih sebanyak AS$58.7 juta (RM257 juta) dan hutang bersih mencecah sekitar AS$1.1 bilion (RM4.82 bilion).

Hutang bersih merupakan istilah digunakan untuk menggambarkan hutang yang akan kekal jika syarikat menggabungkan semua tunai dan menjual semua asset pada nilai semasa untuk membayar pemiutang.

Pada asasnya, ia bermakna Aston Martin masih berhutang terlalu banyak walaupun membubarkan syarikat pada hari ini.

Syarikat berkenaan melaporkan kerugian operasi sejak 2010 lagi malah harga saham merosot sebanyak 90 peratus sejak tawaran produk permulaan (IPO) pada 2018.

Nilai pasaran menurun daripada sekitar AS$5.3 bilion (RM23.21 bilion) kepada hanya AS$1.3 bilion (RM5.69 bilion).

Ia merupakan AS$100 juta (RM437.95 juta) daripada hutang bersih syarikat bermaksud ia tidak boleh lagi berhutang lebih daripada nilai tersebut. –carbuzz

Google ads
Back to top button