Buletin

RUANG DALAMAN SMART #1 TAMPIL ELEGAN, TAWAR MOBILITI URBAN PREMIUM

Sejak membuat kemunculan perdana pada Julai lalu di acara Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) 2023 yang berlangsung Pusat Konvensyen Setia City, Setai Alam, Selangor, model smart #1 sememangnya menarik perhatian orang ramai.

smart #1 didatangkan dengan reka bentuk yang diinspirasi daripada Mercedes-Benz dan menawarkan mobiliti urban premium termasuk disertakan teknologi canggih.

Dari segi penampilan, model ini diserlahkan menerusi jeriji hadapan bercahaya, lampu depan Cybersparks Matrix LED, DRL LED bersepadu, rim bersaiz 19-inci serta logo sisi bercahaya.

Perincian luaran lain termasuklah isyarat membelok berurutan, bumbung halo panoramik, rel bumbung dan pemegang pintu elektrik bercahaya.

Pintu tanpa bingkai smart #1 bukan sahaja meningkatkan rupa smart tetapi juga berfungsi meminimakan bunyi serta seretan aerodinamik.

Selain itu, smart #1 turut dilengkapi dengan teknologi terkini CyberSparksLED+ Adaptive Matrix Headlights, teknologi penyesuaian pencahayaan dengan jalan di hadapan, memastikan penglihatan optimum sambil melindungi pemandu lain daripada silau.

Menjengah ke dalam kabin, smart #1 tampil dengan rekaan minimalis serta elegan, hasil inspirasi daripada Bauhaus.

Selain terdapat keunikan dengan papan pemuka berbentuk T, smart #1 juga dimuatkan skrin infotainment bersaiz 12.8-inci di tengah dan skrin instrumen bersaiz 9.2-inci bersama head-up display (HUD) berwarna 10-inci.

Bukan itu sahaja, ia turut memiliki pilihan 64 warna lampu ambien dan 20 tahap pencahayaan yang berbeza mengikut citarasa hati.

Inovasi reka bentuk bukan sahaja dari segi penampilan luaran, tetapi datang dengan keselesaan dan praktikaliti seperti ‘Courtesy Seat’ di pusat kawalan IHU bagi memastikan ruang mencukupi untuk pemandu.

Kelengkapan lain smart #1 adalah seperti berikut:

  • Sistem 13-pembesar suara dan 640W oleh Beats
  • Dua pemegang cawan
  • But kuasa kapasiti 323 liter
  • Ruang bonet 15 liter
  • Kerusi kulit elektronik dengan fungsi ventilasi dan memori
  • Ruang simpanan konsol tengah dengan peti pendingin

Secara mekanikal, smart #1 dikuasakan oleh motor elektrik tunggal, berupaya menghasilkan 268hp dan tork 343Nm.

Kuasa daripada pek bateri berkapasiti 66kWh itu disalurkan ke roda belakang untuk memberi daya pecutan 0-100km/j dalam masa 6.7 saat.

Dengan sekali caj, ia menawarkan jarak gerak sekitar 420km hingga 440km dan kelajuan dihadkan kepada 180km/j. Rangkaian kuasa tersebut menawarkan pengecasan AC 72kW serta DC 150kW. 

GALERI:

Google ads
Back to top button