Artikel Pilihan

VISI GILA FORD TAHUN 1950AN, FORD NUCLEON BERKUASA NUKLEAR

Salah satu konsep rekaan yang disukai oleh jururekabentuk luaran automotif ialah dengan mengambil inspirasi rekaan jet pejuang pada tahun 1960an. Malah konsep ini masih lagi digunakan oleh beberapa kenderaan moden. Sebagai contoh rekaan bahagian atas Honda NSX dikatakan diambil daripada kokpit jet F-16

Namun dari segi trenkuasa, Ford pada ketika itu mempunyai visi yang jelas iaitu ingin memajukan sebuah kenderaan yang boleh dikuasakan dengan sistem janakuasa nuklear. Pada pandangan mereka dalam tahun 1960an, pada masa depan sistem janakuasa nuklear adalah cukup kompak untuk dimuatkan dalam sebuah kereta sedan.

Dari segi teori, sistem janakuasa nuklear akan dibekalkan dengan unsur uranium, mengalami proses perlakuran nuklear bagi menjana tenaga haba yang akan mengoperasikan enjin stim. Proses ini adalah proses yang sama digunakan bagi kapal selam berkuasa nuklear yang digunakan oleh kebanyakan tentera laut.

Enjin stim ini akan digunakan untuk menghasilkan tenaga mekanikal yang boleh digunakan untuk menggerakkan kereta. Ford juga memberi bayangan bahawa kereta yang berkuasa nuklear boleh dipandu sejauh 8000km sebelum unsur uranium perlu diisi semula untuk menjana tenaga haba.

Bagi menjayakan idea ini, Ford memperkenalkan model konsep dinamakan sebagai Ford Nucleon pada tahun 1958 sebagai asas kajian mereka. Nucleon adalah sebuah kereta sedan tanpa enjin dengan teras nuklear dipasang jauh di bahagian belakang bagi penjanaan tenaga

Namun model ini hanyalah sebuah model konsep semata-mata dengan rekaan skala 3:8 sahaja. Model ini boleh dilihat di Henry Ford Museum di Michigan. Kalau anda lihat, sistem janakuasa tenaga nuklear masih lagi besar dan berat serta hanya digunakan untuk aplikasi ketenteraan sahaja seperti kapal selam dan kapal pengangkut pesawat.

Google ads
Back to top button