" "
Buletin

VPCM CATAT SEJARAH MALAYSIA BOOK OF RECORDS DI GOLF FAN FEST 2024

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records dengan perhimpunan terbesar sebanyak 370 unit model Golf sempena acara Golf Fan Fest 2024 yang diadakan pada 24 Ogos di Litar Antarabangsa Sepang.

Para pemilik dan peminat Volkswagen dari seluruh negara telah bersatu untuk meraikan ulang tahun ke-50 Golf dalam suasana yang bersejarah ini, sambil mencatatkan pencapaian rekod kebangsaan.

Model Golf merupakan ikon Volkswagen yang sangat digemari, dengan lebih 37 juta unit terjual di lebih 70 negara, menjadikannya salah satu kereta paling berjaya pernah dihasilkan.

Kini dalam edisi kelapan, hatchback berprestasi tinggi ini telah berjaya menawan hati ramai dengan reka bentuk inovatif, prestasi cemerlang, serta gaya tersendiri.

Sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut, VPCM mengumumkan pelancaran eksklusif Golf GTI Edition 50, yang hanya dikeluarkan sebanyak 50 unit untuk pasaran Malaysia.

Model ini, yang dipasang sepenuhnya di Pekan, Malaysia, telah direka dengan ciri-ciri istimewa, menjadikannya sangat dicari oleh eksekutif, kolektor, dan peminat sukan permotoran.

Dengan lencana istimewa “50” pada jejari tengah stereng, kit badan Oettinger, roda baru, serta pelbagai peningkatan lain pada bahagian luaran dan dalaman, Golf GTI Edition 50 dijangka menggembirakan para peminat.

Dengan harga bermula dari RM267,990, model ini juga dilengkapi dengan Volkswagen Assurance Package (VAP) yang merangkumi penyelenggaraan selama 5 tahun, jaminan tanpa had perbatuan selama 5 tahun, dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Golf GTI Edition 50 membuat penampilan sulung kepada umum di Fan Fest yang menarik hampir 2,000 orang pengunjung.

Pemilik, peminat, keluarga, dan rakan-rakan – termasuk rombongan dari Singapura, turut serta dalam pelbagai aktiviti menarik seperti cabaran gymkhana beroktan tinggi, tunggangan drift Golf R, selain, sesi di litar.

Terdapat juga pameran mengenai evolusi Golf sepanjang lima dekad, sementara peminat terbesar Golf di negara ini turut dianugerahkan di tengah-tengah kemeriahan festival.

Pada awal tahun ini, VPCM turut mengumumkan satu lagi pencapaian penting untuk Malaysia dengan pelancaran Touareg R-Line, yang juga dipasang sepenuhnya di kilang Pekan.

Malaysia kini menjadi satu-satunya negara selain Bratislava, Eropah, yang menghasilkan SUV lima tempat duduk generasi ketiga ini untuk pasaran antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, layari www.volkswagen.com.my.

Google ads
Back to top button