Buletin

VOLVO CAR FINANCE TAWAR KADAR FAEDAH SERENDAH 1.88%, 9 TAHUN DAN PINJAMAN SEHINGGA RM500K

Berita baik kepada anda yang ingin memiliki sebuah Volvo. Ini kerana pelanggan boleh mendapatkan pembiayaan yang menarik daripada Volvo Car Finance.

Antara kelebihan yang ditawarkan ialah: 

  • Kadar faedah serendah 1.88 peratus setahun (setara dengan kadar rata) untuk semua kenderaan Volvo bagi semua tempoh pembiayaan
  • Tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun dengan jumlah kemudahan maksimum RM500,000
  • Pilihan untuk memasukkan pakej penyelenggaraan dan aksesori prabayar ke dalam pinjaman
  • Sama dengan pinjaman perumahan dan sebagainya, pelanggan boleh mengurangkan baki pokok dan caj keuntungan pinjaman

Volvo Car Malaysia memperkenalkan Volvo Car Finance menerusi kerjasama RHB Bank Berhad (RHB). Ia turut merangkumi pengurangan baki pembiayaan yang memanfaatkan kadar berubah dengan faedah yang disemak semula ke atas jumlah tertunggak. 

Ini bagi memberi manfaat kepada pelanggan yang ingin melabur lebih banyak dalam pembayaran prinsipal mereka.

Maklumat llanjut mengenai Volvo Car Finance, sila layari www.volvocars.com/my atau hubungi mana-mana pengedar sah Volvo berhampiran . Volvo Car Finance tersedia di semua pengedar Volvo.

Google ads
Back to top button