Buletin

VCM ANJUR ACARA VOLVO EXECUTIVE CAR SALES – HARGA JUALAN BERMULA RM165K

Volvo Car Malaysia (VCM) bakal menganjurkan acara Volvo Executive Car Sales yang akan berlangsung pada 19 dan 20 Oktober 2024 di Symphony Square, Petaling Jaya.

Acara ini menawarkan peluang kepada pembeli untuk memiliki kenderaan Volvo terpakai yang telah menjalani pemeriksaan menyeluruh dan dijual pada harga bermula dari RM165,000.

Lebih daripada 50 kereta Volvo SELEKT dari armada korporat Volvo Car Malaysia akan dipamerkan, termasuk kenderaan digunakan secara eksklusif oleh pihak pengurusan syarikat.

Semua kereta dijual dalam acara ini mempunyai jarak perjalanan yang rendah, iaitu kurang daripada 15,000km, dengan sesetengah model hanya mencatatkan 1,200km.

Antara faedah ditawarkan kepada pembeli termasuklah jaminan kenderaan tanpa had jarak perjalanan, Volvo Service Inclusive untuk model elektrik sepenuhnya, perkhidmatan digital, bantuan tepi jalan 24 jam, serta jaminan bateri voltan tinggi.

Program Volvo SELEKT memastikan bahawa setiap kenderaan terpakai melalui pemeriksaan 125 mata dan sebarang penggantian menggunakan alat ganti tulen Volvo.

Selain itu, semua kerja pembaikan dan kemas kini dilakukan oleh juruteknik Volvo yang sah serta berpengalaman.

Antara model yang dipamerkan termasuklah Volvo C40 dan XC40 Recharge Pure Electric, yang mampu mencapai jarak elektrik sehingga 550km.

Kedua-dua model ini menawarkan tork 330Nm dan pecutan dari 0 hingga 100km/j dalam masa kurang daripada lima saat.

Bagi peminat wagon, acara ini juga menampilkan Volvo V60 Recharge, sebuah kereta wagon lincah dan praktikal.

Ia mempunyai jarak elektrik sehingga 90km dan ruang simpanan belakang sehingga 1,431 liter apabila kerusi belakang dilipat.

Walaupun menggunakan hanya 1.4 liter petrol setiap 100km dalam mod hibrid, kereta ini masih menawarkan 462hp.

Untuk maklumat lanjut dan temujanji, layari https://bit.ly/VolvoMY-ExecutiveSales  

Google ads
Back to top button