
VOLVO CAR MALAYSIA ANJUR KEJOHANAN PADEL PERTAMA DI MALAYSIA – BERLANGSUNG 8 – 15 JUN 2024, TAWAR HADIAH RM100K
Volvo Car Malaysia hari ini mengumumkan Volvo Padel Open, kejohanan padel rasmi yang pertama dan terbesar di Malaysia.
Bersedia memberi peluang kepada hampir 500 pemain padel untuk bersaing sepanjang dua hujung minggu, Volvo Car Malaysia bekerjasama dengan semua kelab padel Lembah Klang iaitu ASCARO Padel & Social Club, Padelground dan PadelKu bagi mengembangkan komuniti sosial padel di Malaysia.
Peserta Volvo Padel Open berpeluang membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM100,000 dalam empat kategori – Intermediate, Open, Women’s and Wildcard – yang akan berlangsung dari 8 hingga 15 Jun 2024.
Peserta perlu mendaftar bersama sebagai pasukan beregu, dan semua pemain dinilai ketika pendaftaran untuk menentukan tahap kemahiran serta kategori layak mereka.

Untuk menyertai Volvo Padel Open, peserta hanya memerlukan yuran sekali sahaja sebanyak RM200 bagi setiap pasukan yang terdiri daripada dua pemain, atau kadar istimewa, iaitu RM100 jika sekurang-kurangnya seorang pemain adalah pemilik Volvo.
Selain daripada berpeluang untuk bersaing untuk hadiah utama, pemain juga boleh menikmati klinik latihan padel percuma, kit sukan Volvo yang bergaya, akses sisi gelanggang di pusingan akhir serta layanan eksklusif Volvo.
Dengan asal usulnya yang bermula pada tahun 1960-an, padel telah muncul sebagai sukan paling pesat berkembang di seluruh dunia dengan 25 juta pemain di 110 negara.

Sejak diperkenalkan di Malaysia, padel telah mendapat perhatian ramai pemain baharu tertarik dengan kepantasan, kemodenan dan keakraban yang dipupuk oleh sukan tersebut.
Volvo Car Malaysia merupakan antara yang terawal untuk melibatkan diri di dalam sukan padel, seperti yang dibuktikan dengan acara sukan pertama mereka, Koppla, diadakan tahun lalu di ASCARO Padel & Social Club.
Jangan lepaskan peluang menarik ini untuk menyertai kejohanan padel yang pertama dan terbesar di Malaysia. Pendaftaran dibuka mulai sekarang hingga 24 Mei 2024, atau sehingga slot penuh.
Untuk mengambil bahagian, daftar melalui https://padel.volvocarmalaysia.com.
- BACA: JPJ TIDAK PERNAH BERI KELULUSAN KEPADA BJAK UNTUK URUS NIAGA PEMBAHARUAN CUKAI JALAN
- BACA: ERC 2024 – YOANN BONATO MUNCUL JUARA DI RALLY ISLAS CANARIAS DUA KALI BERTURUT – TURUT
- BACA: BYD ATTO 3 2024 HADIR DENGAN KEMASKINI BAHARU – SKRIN 15.6-INCI, WARNA COSMOS BLACK, HARGA BERMULA RM149K
- BACA: LEMON LAW PERLU DILAKSANAKAN SEGERA DI MALAYSIA