Artikel Pilihan

MISTERI (WIPER) PENGELAP CERMIN BELAKANG…

Kalau diperhatikan, kebanyakan kereta hatchback atau kereta kompak, Kereta Utiliti Sukan SUV dan Kenderaan Pelbagai Guna MPV akan mempunyai pengelap pada cermin belakang dan sedan tidak mempunyai pengelap cermin.

Kereta hatchback, SUV dan MPV adalah kereta yang berasaskan 2 kotak (bahagian kabin penumpang dan satu lagi ruangan enjin) manakala kereta sedan adalah berasaskan 3 kotak (enjin + cabin + ruang bagasi).

Dari segi aerodinamik, rekaan dua kotak adalah tidak bagus untuk pergerakan udara dari depan kereta ke belakang kereta.

Disebabkan rekabentuk 2 kotak, cermin belakang dipasang secara vertikal dengan permukaan jalan. Semasa kereta bergerak laju, angin bergerak di bawah kereta dan semasa keluar dari bahagian belakang, arus angin tadi akan membentuk turbulance atau gangguan angin.

Apa yang terjadi ialah turbulance akan menarik sekali habuk, debu, air, salji bagi negara sejuk dan kotoran yang akan berada pada permukaan jalan ke arah cermin belakang.

Keadaan akan bertambah buruk selepas hujan. Jadi pengelap cermin belakang adalah keperluan bagi kereta kompak, van, MPV dan SUV.

Apabila kotor, pemandu boleh mencuci cermin belakang dengan menggunakan pengelap cermin dan juga bantuan sistem pancuran air. Bukan suka-suka untuk tambah supaya cantik ataupun ditukar dengan hiasan ekor kucing.

Malah negara kita juga turut menerima penambahbaikan yang lain seperti lampu kabus belakang yang dipasang pada bahagian belakang kenderaan, seperti Toyota Vios yang biasa saya sumpah kerana suka menyalakan lampu kabus belakang pada malam bulan mengembang

Bagi kenderaan yang ingin dijual di negara Eropah, undang – undang Law EU no 1008/2010 diguna pakai.

Undang undang yang diluluskan ini menyatakan bahawa kenderaan yang ingin dipasarkan di negara Kesatuan Eropah hendaklah dilengkapi dengan sistem pengelap cermin belakang dan sistem pancuran air cermin belakang

Bagi kenderaan rekaan sedan 3 kotak, kotak bahagian ke tiga yang digunakan untuk menyimpan ruang barang, akan melindungi bahagian cermin belakang.

Rekabentuk sedan juga membenarkan udara bergerak dari depan ke belakang kereta dalam satu aliran lurus tanpa ada sebarang gangguan.

Jadi tiada turbulance akan terbentuk di cermin belakang kereta sedan. Jika ada sekalipun, habuk dan debu ini hanya akan mengotorkan bahagian lampu posisi dan lampu signal belakang sahaja.

Google ads
Back to top button