Artikel Pilihan

VOLVO EX90, PENGGANTI XC90 DENGAN TRENKUASA ELEKTRIK PENUH

CEO Volvo, Jom Rowan mengesahkan bahawa Volvo akan melancarkan satu model baru sebagai pengganti kepada XC90 dengan trenkuasa elektrik sepenuhnya pada 9 November nanti. Model ini akan dikenali sebagai EX90 akan dipasang dengan pelbagai sistem penderia terkini (kamera, sensor, radar dan LIDAR) serta sistem perisian yang lebih canggih

EX90 juga akan menampilkan beberapa teknologi terkini yang sebelum ini dipasang pada kenderaan prototaip seperti 8 kamera, 5 radar, 16 sensor ultrasonic dan juga LiDAR sensor. Sistem LiDAR ini akan dipasang pada bumbung EX90 berupaya mengesan pejalan kaki dari jarak sehingga 250 meter bergantung pada pencahayaan

Volvo berharap dengan penambahan sistem LiDAR yang akan menjadi peralatan standard pada masa depan akan mengurangkan kebarangkalian untuk berlakunya kemalangan yang serius sehingga 20% dan sistem ini juga mampu mengurangkan kemalangan biasa sehingga 9%.

Selain daripada sensor LiDAR, EX90 juga kan memberi fokus kepada pemandu melalui sistem baharu yang dinamakan sebagai Driver Understanding System. Sistem ini menerima input daripada kamera yang dipasang dalam kabin dan juga roda stering yang dipasang dengan sensor kapasitif.

Sensor ini akan mengesan perubahan cara pemanduan, mencari tanda tanda pemandu sudah terganggu, memandu dalam keadaan tekanan atau mengantuk atau apa sahaja perubahan corak pemanduan yang menjurus kepada kemalangan.

Sekiranya simptom ini ditemui, sistem akan menghantar isyarat amaran yang menghasilkan bunyi bergantung pada keadaan. Sekiranya pemandu gagal memberi respon, sistem akan mengambil tindakan, menghidupkan lampu isyarat berkembar dan menghentikan kenderaan secara selamat di bahu jalan.

Google ads
Back to top button