Buletin

FERRARI DEDAH JENTERA F1-75 HARUNGI MUSIM BAHARU

Ferrari mendedahkan jentera terbaharu, F1-75 dalam mengharungi saingan musim baharu Formula Satu (F1).

Prinsipal pasukan, Mattia Binotto berkata Ferrari mengambil pendekatan inovatif selaras dengan syarat revolusi baharu diperkenalkan Formula Satu (F1) musim ini.

“Boleh dikatakan ini adalah langkah berani Ferrari.

“Kami telah mentafsir peraturan berfikir di luar kotak.Kami berharap ia akan mempertahankan maruah dan mengekalkan tradisi pasukan,” kata Binotto.

Beliau menambah Binotto berkata jentera berkenaan menunjukkan bukti yang lengkap di atas usaha dalam mengharungi musim baharu.

Pasukan Ferrari mempertaruhkan dua pelumba, Charles Leclerc dan Carlos Sainz dalam memberi saingan pada musim kali ini.

Leclerc berkata pasukan menaruh harapan tinggi bagi musim baharu dengan pengenalan jentera terbaharu tersebut.

“Apa yang membuatkan saya yakin adalah hasil kerja yang saya lihat beberapa bulan lalu.

“Sudah agak lama kami tidak melakukannya dan saya dapat lihat bagaimana kami bekerja begitu gigih untuk memperoleh hasilnya.”katanya.

Ferrari melangkah ke tahun 2022 selepas dua musim yang sukar, sekalipun hampir bangkit pada 2020 tetapi musim buruk mereka dalam tempoh 40 tahun adalah menamatkan saingan di tempat ketiga pada musim lalu. – carscoops/HM

Google ads
Back to top button