Pandu Uji

HONDA HR-V DILANCARKAN SECARA RASMI!

Sejak lima tahun kebelakangan ini, segmen SUV kompak menunjukkan pertumbuhan yang cukup memberangsangkan.

 Honda-HR-V-mekanika (16)

Pada tahun 2010, segmen itu hanya mencatat jualan sekitar 18,000 unit. Namun kini, angka itu telah melonjak sehingga 31,000 unit, iaitu peningkatan sebanyak 74 peratus dengan perkongsian pasaran mencecah 4.7 peratus.

Menyedari potensi tersebut, boleh dikatakan hampir semua pengeluar kenderaan berlumba-lumba menawarkan produk terbaik masing-masing.

SONY DSC

Honda HR-V merupakan model terbaharu yang menyertai segmen itu. Dilancarkan secara rasminya pagi tadi, HR-V dilihat berpotensi untuk menguasai pasaran SUV kompak yang kian berkembang pesat.

Tidak percaya? Dalam tempoh sebulan, lebih 1,500 unit HR-V telah ditempah. Jumlah itu dijangka meningkat selepas Honda Malaysia mengumumkan harganya yang cukup kompetitif.

 Honda-HR-V-mekanika (15)

Hadir dalam tiga varian, HR-V boleh anda miliki pada harga bermula RM99,800 untuk varian S, RM108,800 (varian E) dan RM118,800 seunit bagi varian V.

“Varian HR-V Hybrid memang ada ditawarkan di pasaran Jepun. Kami bagaimanapun masih membuat penelitian dari segi kesesuaian dan permintaan terhadap model itu di Malaysia. Tetapi, buat masa sekarang, tiada perancangan untuk memperkenalkan HR-V Hybrid,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah.

 Honda-HR-V-mekanika (22)

Menurut Honda Malaysia, tempoh menunggu adalah sekitar dua hingga tiga bulan. Biarpun dengan penambahan tempahan, pihaknya akan cuba untuk tidak membuatkan pelanggan menunggu terlalu lama.

Dipasang di kilang Honda di Pegoh, Melaka, HR-V bermaksud Hip & Smart Runabout Vehicle. Jadi, ia cuba tampil untuk menjadi sebuah kenderaan bergaya, praktikal dan menjimatkan bahan api.

 Honda-HR-V-mekanika (10)

Dibina berdasarkan kepada konsep ‘Dynamic Cross Solid’, jentera itu menyerlahkan rekaan aerodinamik kabin seperti sebuah coupe, bahagian bawah kenderaan yang kukuh serta penampilan penuh kuasa.

HR-V juga menampilkan Konsep Exciting H Design!!!. “H” bermaksud Human Center (berpaksikan kepada manusia) yang memberi penekanan kepada pemandu dan para penumpangnya. Manakala rekaan sayap yang mantap serta gril dan lampu yang disatukan nyata menghasilkan penampilan luaran yang bergaya dan lasak.

SONY DSC

Bagi memberikan pemanduan berprestasi, ia dikuasakan oleh unit enjin 1.8L i-VTEC SOHC. Enjin sama yang digunakan pada model Civic 1.8 itu berupaya menjana sehingga 142PS @ 6,500rpm dan tork 172Nm @ 4,300rpm.

Kuasa itu kemudian dialihkan disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi CVT baharu. Berbeza dengan kotak gear CVT yang ada pada model Jazz, ia telah diprogram semula untuk disesuaikan dengan karekter pemanduan sebuah crossover.

SONY DSC

Di pasaran lain HR-V ada ditawarkan dalam varian pacuan semua roda (AWD). Namun,  memandangkan kelompok sasar HR-V akan lebih menggunakannya di bandar, maka  Honda Malaysia merasakan pacuan roda hadapan (2WD) adalah lebih sesuai.

Ruang kabin kabin, HR-V mengguna pakai rekaan tangki yang diletakkan di bahagian tengah kenderaan. Sebagaimana yang boleh dijangka,  ia mampu menawarkan ruang kargo dan keluasan yang hampir sama seperti SUV lebih besar daripadanya.

SONY DSC

Bagi meningkatkan aspek praktikalitinya, konfigurasi tempat duduk belakang HR-V boleh diubah suai menjadi Mode Utiliti, Tall Mode dan Long Mode bergantung kepada kehendak pengguna.

Untuk varian V, ia dibekalkan dengan  Paparan Audio bersaiz 7 inci, isyarat membelok dengan satu sentuhan (One Touch Turn Signal), kemasukan pintar dengan butang penghidup enjin, kawalan jelajah dan Mode ECON.

Honda-HR-V-mekanika (9)

Sementara speedometer pula dihiasi dengan satu gegelung iluminasi yang boleh bertukar warna berdasarkan kepada mode pemanduan untuk menunjukkan gaya memandu yang ekonomikal. Material-material berkualiti seperti pad fabrik yang lembut pula digunakan pada kebanyakan titik sentuhan penumpang.

HR-V menawarkan rangkaian ciri keselamatan aktif dan pasif yang komprehensif. Ini termasuklah 6 beg udara (Varian V; dua beg udara SRS pada bahagian hadapan, beg udara curtain dan beg udara sisi), kamera pandang belakang pelbagai sudut (Varian V), Emergency Stop Signal (ESS), lampu nyalaan siang (DRL) LED (Varian V), Hill Start Assist (HSA), Vehicle Stability Assist (VSA) dan ISOFIX.

Honda-HR-V-mekanika (14)

Teknologi-teknologi termaju seperti Automatic Brake Hold dan Electric Parking Brake turut ditawarkan pada semua varian.

HR-V serba baharu hadir dalam lima warna iaitu kelabu metalik, putih, perak metalik,  hitam mutiara dan warna baru iaitu hitam metalik (Ruse Black Metallic).

Honda-HR-V-mekanika (12)

Honda Malaysia turut menawarkan jaminan selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had serta selang servis 10,000km untuk HR-V serba baharu di semua 78 pengedarnya di seluruh negara.

Bagi mereka yang mahukan penampilan lebih sporty dan individualistik, Honda Malaysia menawarkan dua pakej utiliti dan Modulo pada harga bermula RM1,550.

Honda-HR-V-mekanika (18)

Positif dengan maklum balas daripada pelanggan, Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual 9,000 unit HR-V serba baharu pada tahun 2015.

“Di sebalik pertumbuhan segmen SUV yang pesat, ia masih didominasi oleh SUV yang lebih besar dan mahal. Ini bermakna, tidak ada SUV yang sesuai atau mampu milik untuk mereka yang ingin menaik taraf daripada kenderaan segmen asas. Jadi, HR-V dilihat sebagai sebuah model yang tepat untuk mengisi kekosongan tersebut,” tambah  Roslan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button