Artikel Pilihan

VOLVO V60 2023 PHEV & VOLVO XC60 2023 PHEV DIPERKENALKAN, JARAK EV LEBIH JAUH.

Untuk terus kekal berdaya saing dalam industri, Volvo Malaysia telah memperkenalkan model V60 wagon, S60 sedan dan juga XC60 SUV yang dikemaskinikan dengan trenkuasa yang lebih baik dan juga bateri yang lebih besar untuk tahun 2023.

Bagi model SUV XC60, ia akan ditawarkan dalam 2 varian samaada XC60 B5 Plus Mild Hybrid atau XC60 Recharge T8 Ultimate Plug in Hybrid PHEV. Bagi varian Mild Hybrid, ia akan dijual pada harga RM 320,160 dengan tawaran enjin 1969cc 4 silinder turbo.

Enjin ini akan menjana sehingga 263 kuasa kuda dan 390Nm tork antara 1800-4800 RPM. XC60 Mild Hybrid ditawarkan dalam varian AWD ini akan dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan Geartronic. Pecutan 0-100km/jam pula boleh dibuat dalam masa 6.9 saat biarpun menggunakan rim bersaiz 19 inci.

Varian tertinggi ialah XC60 Recharge T8 Ultimate Plug in Hybrid PHEV yang menawarkan kuasa gabungan enjin dan motor elektrik sehingga 462 kuasa kuda. Manakala tork yang yang dihasilkan oleh sistem hibrid ini mencecah sehingga 709Nm tork. Ia membolehkan varian ini memecut 0-100 dalam masa 4.8 saat

Bateri sistem hibrid yang lebih besar digunakan, 18.8kWh digunakan bagi membolehkan varian XC60 Recharge T8 Ultimate Plug in Hybrid PHEV dipandu sejauh 81km dalam mode elektrik sepenuhnya apabila dicaj penuh. Pengecasan dengan wallbox 3.7kW dilakukan dalam masa 5 jam atau 13jam dengan soket 13 pin biasa

Jika anda sukakan model yang lebih sporti dan bergaya, V60 Wagon dalam varian Recharge T8 Ultimate PHEV juga turut ditawarkan dalam satu varian sahaja. Trenkuasa hibrid ini menjana sehingga 462 kuasa kuda dan juga 709Nm tork gabungan daripada motor elektrik dan juga enjin 4 silinder turbo 1969cc

Sama seperti XC60 Ultimate, V60 Ultimate juga ditawarkan dengan bateri sistem yang lebih besar iaitu 18.8kWh yang membenarkan V60 dipandu sejauh 90km dalam mode elektrik sepenuhnya. Jika dibandingkan dengan varian lama, ia hanya boleh dipandu sejauh 40km sahaja dalam mode elektrik sepenuhnya

Dengan harga tawaran RM 321,223 bagi V60 Recharge T8 Ultimate PHEV, ia ditawarkan dengan City Safety (boleh mengesan kenderaan, pejalan kaki, basikal, haiwan dan berfungsi ketika mengundur), LKA, Run Off Road Mitigation, Blind Spot with Steering Assist, Rear Cross Traffic Alert dengan Auto Brake, Run Off Road Protection, Dual Stage Airbag, Dual Chamber Airbag, dan Emergency Stop Assist sama seperti XC60

Google ads
Back to top button