Buletin

VPCM TAWAR REBAT RM2K UNTUK GOLF GTI & GOLF R

Nampaknya, sambutan Hari Kemerdekaan masih belum berakhir untuk peminat kereta Volkswagen.

Ini kerana Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan rebat eksklusif sebanyak RM2,000 ke atas model hothatch popularnya, Golf GTI dan Golf R.

Golf GTI digerakkan oleh enjin turbo 2.0 liter TSI yang dipadankan dengan kotak gear basah DSG enam kelajuan berkuasa 230PS dan tork 350Nm.

Selain daripada gril rekaan sarang leba, Golf GTI juga didatangkan dengan tempat duduk dibalut kulit GTI ‘Vienna’, rim aloi Milton Keynes bersaiz 18 inci, paparan info aktif 12.3 inci, Discover Media bersama ciri App-Connect, lampu LED dengan Dynamic Cornering Lights dan lampu belakang LED dengan Dynamic Indicators.

Aspek pemanduan dimantapkan lagi dengan Adaptive Chassis Control (DCC).

Enjin Golf R pula mampu menjana kuasa 290PS dan tork 380Nm yang dipadankan dengan klac DSG 7-kelajuan. Sistem pacuan semua roda 4MOTION menjanjikan pengendalian mantap.

VPCM juga ada menawarkan rebat ke atas model-model lain seperti dalam jadual di bawah:

Model-model Volkswagen yang lain hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun. Di samping jaminan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.  

Google ads
Back to top button