Artikel Pilihan

SUZUKI X-90 – SUV ERA 90AN YANG FUNKY

Kebangkitan SUV sejak akhir akhir ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Brader Karrager pernah berjumpa dengan pasangan suami isteri yang mana masing – masing memiliki SUV seorang satu. Jikalau sebut tentang jenama Suzuki, sudah tentu Vitara yang bermain dalam fikiran kita.

Namun sebenarnya ketika sibuk dengan Vitara yang boleh dianggap sebagai kegilaan anak muda di kala itu, Suzuki juga pernah menghasilkan sebuah SUV kecil yang diberi nama X-90. Walaupun barangkali ianya kelihatan sedikit pelik, SUV Coupe yang hanya berupaya memuatkan dua penumpang ini sebenarnya adalah merupakan SUV yang seronok untuk dipandu dihujung minggu bersama pasangan sambil menikmati angin sepoi – sepoi bahasa.

Debut model konsep kereta ini pada tahun 1993 di Tokyo Motor Show. Dan produksi massa Suzuki X-90 ini dimulakan pada tahun 1995 di Jepun sebelum ianya mula dieksport ke luar setahun kemudian. Lebih daripada 7,000 unit telah dibawa masuk ke Amerika Syarikat di kala itu

Menggunakan enjin bersesaran 1.6 liter G16A, bolehlah nak dapat kuasa sekitar 95 HP dengan tork 132 Nm. Benar. Suzuki X-90 ini sememangnya lemau. Mujur juga Suzuki X-90 ini dilengkapi dengan pilihan pacuan empat roda. Setakat nak melintasi anak sungai di pinggir hutan barangkali tiada masalah langsung walaupun dengan keadaan standard.

Selain itu, penggunaan beg udara berkembar dan juga ABS berupaya memberikan sedikit markah bonus dari segi aspek keselamatan. Manakala penggunaan 6 CD Changer berupaya memberikan seleksi pilihan muzik mengikut idaman hati. Dan yang paling penting, kelebihan pada Suzuki X-90 adalah bingkai bumbung yang boleh dicabut. Baru sedap sikit nak berdiri hirup udara segar sambil depa tangan kan.

Namun jangka hayat Suzuki X-90 ini tidak berpanjangan. Ianya sempat diproduksi sehingga ke tahun 1997. Dua tahun sahaja. Tak laku. Apatah lagi Suzuki X-90 ini turut disenaraikan oleh Majalah Top Gear sebagai “The 13 worst cars of the last 20 years’. Entahlah. Walaupun ianya kelihatan sedikit hodoh dan jelik pada pandangan mata kasar, tapi secara peribadi Brader Karrager merasakan ianya masih merupakan sebuah SUV yang seronok dipandu. Saiz sebegini amat digemari oleh kaum hawa. Iya tak?

BACA : CHOK G1 – JELMAAN SUZUKI JIMNY YANG TAMPAK ORAIT JUGA

BACA : SUZUKI XBEE – VERSI COMEL TOYOTA CRUISER

Tags
Google ads
Back to top button