
WRC2 – INILAH BARISAN PEMANDU HANDALAN MUSIM 2023
Saingan kategori kelas kedua dalam FIA World Rally Championship (WRC), WRC2 bagi musim 2023 ini sebenarnya cukup sengit. Sama sengitnya dalam saingan kelas premier. Walau dilihat lebih kepada perlumbaan sokongan, namun ianya tidak boleh dipandang enteng. Jom kita lihat beberapa nama yang boleh menjadi pencabar utama bagi WRC2 ini.
Oliver Solberg
Pemandu muda Sweden ini dilihat sebagai diantara pencabar utama kejuaraan WRC2 ini, sementelah digugurkan daripada kelas premier daripada pasukan Hyundia Motorsport. Musim ini beliau memandu jentera baharu yang semakin digeruni lawan, Skoda Fabia RS Rally2. Kejayaan di Rally Sweden membuktikan kesungguhan beliau musim ini.

Sami Pajari
Seorang lagi pemandu dari Finland. Masih lagi mudah dan belia dan hanya berusia 21 tahun. Rakan sepasukan kepada Oliver Solberg bersama pasukan Toksport ini adalah bekas juara JWRC pada tahun 2021. Kehandalan beliau terbukti apabila berjaya menduduki tempat ketiga sewaktu Rally Sweden, sekali gus berada atas podium yang sama Oliver Solberg. Beliau tidak akan beraksi Rally Mexico dan menunggu untuk aksi berikutnya di Eropah bagi mendapatkan peluang pungutan mata yang lebih baik.

Teemu Suninen
Pemandu dari Finland ini semestinya menjadi orang harapan buat pasukan Hyundai. Memandu jentera Hyundai i20 N Rally2 setelah sebelum ini pernah memandu jentera WRC Ford Fiesta bersama pasukan M-Sport Ford selama beberapa tahun. Pengalaman beraksi dalam kelas tertinggi pasti ditagih sebagai bekalan untuk Teemu Suninen ini beraksi dengan lebih cemerlang.

Gus Greensmith
Ini seorang lagi nama besar yang beraksi dalam WRC2. Tahun lepas Gus Greensmith beraksi dalam kelas premier bersama pasukan M-Sport Ford. Setelah berpisah dengan Ford, beliau akhirnya memilih untuk beraksi dalam WRC2 dan memandu kereta rali Skoda Fabia RS Rally2 yang akan disediakan oleh pasukan Toksport sekali gus menjadikan pasukan ini sebagai pasukan yang cukup digeruni.

Adrien Fourmaux
Bintang muda Perancis ini sememangnya menjadi pelapis sekali gus dikhabarkan bakal mengikut jejak langkah lagenda dari Perancis seperti Sebastian Ogier dan juga Sebastian Loeb. Tahun lepas beliau pernah diberikan peluang oleh pasukan M-Sport Ford untuk keluar beberapa kali beraksi memandu jentera Ford Puma Rally1. Namun tahun ini sedikit berbeza apabila M-Sport Ford mahu kan beliau beraksi dalam kelas kedua, bagi mengutip sebanyak mungkin pengalaman. Malah Adrien Fourmaux juga turut bakal beraksi dalam saingan British Rally Championship (BRC) bersama Ford Fiesta Rally2
BACA : OLIVER SOLBERG CEMERLANG DI RALLY SWEDEN DALAM AKSI WRC2