Buletin

WRC 2018 MONTE CARLO – SEBASTIAN OGIER MUNCUL JUARA

Pusingan pembukaan bagi Rali Kejuaraan Dunia – WRC 2018 telah pun berlangsung di Monta Carlo pada minggu sudah yang berjaya dimenangi oleh juara bertahan WRC 2017 dari Perancis Sébastien Ogier. Apa yang menariknya, Ogier juga adalah juara bertahan bagi Rali Monte Carlo semenjak tahun 2014 lagi.

BACA : BARU 4 KALI DALAM WRC DAH MENANG RALI FINLAND – ESAPEKKA LAPPI

BACA : OTT TÄNAK SERTAI TOYOTA DALAM WRC 2018 – JENAMA LAIN MACAM MANA?

Pemandu pasukan M-Sport Ford dengan jentera Ford Fiesta WRC ini sebetulnya mengakui bahawa berlumba di Monte Carlo adalah antara perlumbaan tersukar yang pernah beliau lalui. Dengan perubahan cuaca yang mendadak, termasuklah keadaan bersalji sudah tentu pemilihan tayar harus dibuat secara tepat.

Salah satu daripadanya adalah peringkat SS9 yang mana laluan bersalji sepanjang 29.16km yang harus ditempuhi pelumba melalui Agnières-en-Dévoluy – Corps.

Malah menurut Ogier lagi, “Sudah pasti ianya adalah peringat paling sukar sepanjang kerjaya saya. Sukar untuk menjelaskan betapa sukarnya. Saya bukannya merungut tetapi saya tidak berapa gemar memandu dengan situasi sebegitu. Ianya adalah mengenai kelangsungan”.

Podium kedua pula berjaya diraih oleh pelumba yang baru direkrut oleh pasukan Toyota, Ott Tänak bersama jentera Yaris WRC. Tempat ketiga juga berjaya diraih pelumba Toyota, Jari-Matti Latvala. Sudah tentu kejayaan ini membanggakan Prinsipal Pasukan Tommi Mäkinen yang turut memuji kedua-dua pelumbanya.

Dan dek kerana berlaku sedikit kesilapan Esapekka Lappi pada peringkat terakhir, pasti kedudukan 2-3-4 berjaya diraih oleh pasukan yang baru sahaja dalam tempoh setahun kembali dalam saingan WRC ini.  Lappi terpaksa berpuas hati ditempat ketujuh.

Manakala dalam saingan WRC2 pula, pelumba pasukan Skoda Motorsport, Jan Kopecky terus menggunggulli bersama jentera Fabia R5 beliau. Podium kedua pula menjadi milik pelumba Eddie Sciessere yang memandu Citroën DS3. Podium ketiga pula diraih pelumba FIndland, Teemu Suninen dengan jentera Ford Fiesta R5.

Dengan tamatnya pusingan pertama ini, kedudukan bagi pasukan WRC terikat diantara M-Sport Ford dan juga Toyota Gazoo Racing dengan 33 mata. Nampak saingan di awal musim macam sengit, terutamanya pasukan Toyota. Pusingan kedua dijangka berlangsung di Sweden pada pertengahan Februari nanti.

Kredit : wrc.com

Google ads

B K

Back to top button