Buletin

WRC 2019 – DANI SORDO RANGKUL KEJUARAAN SAAT AKHIR DI RALLY ITALIA SARDEGNA

Pelumba pasukan Hyundai, Dani Sordo berjaya memenangi perlumbaan di Rally Italia Sardegna setelah pelumba Toyota Ott Tänak mengalami masalah stereng pada peringkat akhir saingan, sekaligus menafikan kejayaan hatrick dalam perlumbaan rali setelah melakukan dua kali berturut sebelum ini.

Kejayaan yang diraih pelumba kelahiran Sepanyol adalah yang pertama semenjak kali terakhir melakukannya pada tahun 2013 ketika itu memandu Citroen DS3 WRC. Teryata, masalah yang dihadapi oleh pelumba pasukan Toyota rupanya adalah rahmat buat Dani Sordo untuk muncul juara buat kali kedua dalam kerjaya beliau sebagai pelumba rali.

Yang pasti, masalah stereng jelas melukakan hati Ott Tänak yang ketika itu berada di landasan yang tepat untuk merangkul kejuaraan di Itali setelah agak selesa mendahului. Akibat daripada permasalahan yang dihadapi, pelumba Estonia tersebut terpaksa berpuas hati ditempat kelima dan ketinggalan hampir 2 minit di belakang Dani Sordi. Setidaknya masih mengutip mata berharga. Yang pasti, beliau sedang mendahului kutipan mata pelumba WRC.

Malang turut menimpa buat rakan sepasukan, Kris Meeke yang mengalami masalah tayar pancit pada peringkat akhir yang menyebabkan beliau kehilangan masa dan terpaksa berpuas hati di tempat kelapan.

Tempat kedua pula diraih Teemu Suninen yang memandu Ford Fiesta WRC. Jelas ini merupakan keputusan yang terbaik pernah diraih pelumba Finland di podium kedua. Tahun sudah beliau berjaya menduduki tempat ketiga ketika perlumbaan di Portugal.

Tempat ketiga menjadi milik seorang lagi pelumba pasukan Hyundai, Andreas Mikkelsen menjadikan pencapaian terbaiknya bagi musim 2019 ini.

JIkalau malang yang menimpa Ott Tänak dirasakan cukup tragis, tragis lagi menimpa buat penyandang juara WRC, Sebastian Ogier. Kereta yang dipandu beliau sewaktu SS4/5 terlanggar batu besar yang menyebabkan sistem ampaian Citroen C3 WRC beliau patah.

Nampaknya saingan WRC 2019 betul – betul menarik dan mencabar. Beberapa pelumba bergilir menaiki podium. Dengan berbaki enam pusingan, kedudukan masih lagi terbuka buat ketiga pelumba untuk meraih kejuaraan. Pusingan berikutnya bakal berlangsung di Finland pada awal Ogos nanti.

Kedudukan Mata Pelumba

  1. Ott Tänak  – 150 Mata
  2. Sebastian Ogier – 146 Mata
  3. Thierry Neuville – 143

Kedudukan Mata Pasukan

  1. Hyundai Shell Mobis – 242 Mata
  2. Toyota Gazoo Racing – 198 Mata
  3. Citroen Total – 170 Mata

BACA : WRC 2019 – OTT TANAK RAIH KEJAYAAN BERTURUT DI PORTUGAL

BACA : WRC 2019 – THIERRY NEUVILLE MENANG DI TOUR DE CORSE

Google ads

B K

Back to top button