
WRC 2019 : THIERRY NEUVILLE MENANG DI TOUR DE CORSE
Pusingan keempat kalendar perlumbaan World Rally Championship (WRC) 2019 di berjaya dimenangi pelumba dari pasukan Hyundai Shell Mobis, Thierry Neuville, sekaligus mengenepikan hasrat pemandu tuan rumah Sebastian Ogier untuk menjuarai perlumbaan di tempat sendiri.
Kemenangan pelumba dari Belgium ini sebetulnya agak dramatik juga, apabila berjaya menewaskan pemandu pasukan Ford, Elfyn Evans yang berjaya mendahului saingan di peringkat awal.

Malah sebetulnya pemandu dari British Elfyn Evans ini mendahului saingan pada hari terakhir saingan dan hampir pasti menjuarai perlumbaan. Tapi takdir Tuhan mengatakan bahawa beliau akan menghadapi masalah tayar pancit pada peringkat terakhir Wolf Power Stage hingga mengakibatkan beliau kehilangan masa 1.29 saat.
Ajaibnya, beliau masih meneruskan perlumbaan dalam keadaan tayar hadapan sebelah kanan tinggal rim sahaja. Getah hilang entah ke mana. Jadilah kan dapat tempat ketiga keseluruhan.
Dan sudah tentu ianya adalah rezeki buat pasukan Hyundai serta Thierry Neuville untuk mendahului senarai Pelumba dan juga Pasukan buat masa ini. Tetapi menurut Prinsipal Pasukan, Adrea Adamo beliau masih kurang berpuas hati disebabkan Hyundai i20 masih kekurangan dari segi kelajuan berbanding pesaing yang lain terutamanya Ford yang terus menunjukkan peningkatan.
Khabar duka pasukan Ford itu sebetulnya turut disyukuri oleh Sebastian Ogier dan Citroen apabila meraih podium kedua. Setidaknya mata berharga terus dikutip bagi memberikan saingan.

Prestasi kereta Citroen C3 WRC nampaknya semakin serasi bersama Sebastian Ogier. Dengan prestasi yang baik berjaya diterjemahkan dengan agak cemerlang apabila Citroen C3 WRC ini konsisten menaiki podium buat kali keempat berturut – turut.
Dan bagi Sebastien Ogier sendiri, ini adalah podium ketiga daripada empat perlumbaan setakat ini. Jelas membuktikan bahawa beliau masih lagi laju tanpa mengira jenis kereta yang digunakan sekalipun.
Hasil daripada prestasi konsisten pelumba, pasukan Citroen kini berada di kedudukan kedua keseluruhan kategori Pasukan. Mampukah konsisten ini berturusan pada saingan di Argentina pada penghubung April nanti? Atau apakah pasukan Ford akan kembali bangki setelah kecewa kali ini?
Kedudukan Pelumba Keseluruhan
- Thierry Neuville (Hyundai) – 82 Mata
- Sebastian Ogier (Citroen) – 80 Mata
- Ott Tanak (Toyota) – 77 Mata
Kedudukan Pasukan Keseluruhan
- Hyundai Shell Mobis – 114 Mata
- Citroen Total – 102 Mata
- Toyota Gazoo Racing – 98 Mata
BACA : WRC 2019 : SEBASTIAN OGIER MENANG DI MEXICO
BACA : SEBASTIAN OGIER MENJUARAI RALI MONTE CARLO BUAT KALI KEENAM BERTURUT