Buletin

WRC 2023 – KALLE ROVANPERA MENGGUNGGULI RALI ESTONIA BUAT TAHUN KETIGA BERTURUT – TURUT

Pemandu pasukan Toyota Gazoo Racing, Kalle Rovanpera mempamerkan pemanduan yang cemerlang untuk memenangi perlumbaan kelapan FIA World Rally Championship (WRC) Rally Estonia dengan bergaya.

Dua tahun lalu Kalle Rovanperä menjadi pemenang perlumbaan WRC termuda di negara yang menawarkan kelajuan ultra-pantas. Dan kini Kalle Rovanpera sekali lagi Dia meninggalkan kejayaan di bumi Estonia dengan kelebihan 55 mata di puncak kedudukan kejuaraan selepas kejayaan mendominasi saingan sekali gus mendekatkan beliau dengan kejayaan bagi merangkul kejuaraan WRC berturut – turut.

Pemandu berasal Finland berusia 22 tahun itu menamatkan perlumbaan dengan permukaan gravel selama empat hari dengan kelebihan 52.7 saat di hadapan pesaing daripada pasukan Hyundai Motorsport Thierry Neuville.

Thierry Neuville pada mulanya mendahului selepas pusingan pembukaan Jumaat. Namun Kalle Rovanpera berjaya merampas kedudukan teratas kemudiannya, malah beliau berjaya mencatatkan masa terpantas sebanyak sembilan kali pada saingan hari Sabtu bagi mempamerkan kehandalannya memandu jentera Toyota GR Yaris Rally1.

Hujan yang diramal tidak turut pada hari Ahad memudahkan Kalle Rovanpera untuk terus kekal mendahului saingan dan berjaya memenangi empat lagi peringkat tanpa masalah. Malah beliau turut mencatatkan mata bonus tambahan sewaktu Wolf Power Stage. Kalle Rovanpera berjaya memenangi 15 peringkat daripada 21 yang ada di Rali Estonia.

Dan Thierry Neuville sebenarnya hampir mengaku kalah ketika saingan hari Sabtu lagi namun beliau tetap bersemangat untuk menamatkan saingan di permukaan gravel terbaiknya. Rakan sepasukan beliau Esapekka Lappi berjaya mengekorinya untuk berada di podium ketiga dengan ketinggalan hanya 6.8 saat bagi menamatkan keseluruhan lebih 300 km saingan di Estonia.

Keputusan yang diraih Esapekka Lappi ini adalah keempat bagi penamat ketiga teratas sekali gus kekal mengutip mata penting buat pasukan Hyundai Motorsport bagi mengejar Toyota Gazoo Racing bagi kategori Pengeluar.

Pun begitu, Elfyn Evans yang berada di tempat keempat keseluruhan hanya ketinggalan 7.3 saat bagi mengutip mata penting untuk pasukan.

Temu Suninen yang membuat debut untuk memandu jentera Hyundai i20 N Rally1 berjaya melengkapi kedudukan lima terbaik untuk pasukan Hyundai Motorsport.

Sementara itu, Ott Tanak yang merupakan harapan untuk tuan rumah yang dilihat sebagai pemandu pilihan di awalnya. Beliau terpaksa menukarnya enjin ketika Shakedown pada Khamis mengakibatkan beliau dikenakan penalti sebanyak lima minit yang tidak memungkinkan untuk beliau berada di podium kali ini.

Kedudukan Mata Pemandu

  1. Kalle Rovanpera – 170 mata
  2. Elfyn Evans – 115 mata
  3. Thierry Neuville – 112 mata

Kedudukan Mata Pengeluar

  1. Toyota Gazoo Racing – 331 mata
  2. Hyundai Shell Mobis – 274 mata
  3. M-Sport Ford – 195 mata

BACA : WRC 2023 – SEBASTIAN OGIER MENGETUAI KUARTET TOYOTA UNTUK GAH DI SAFARI RALLY KENYA

BACA : WRC 2023 – AKHIRNYA THIERRY NEUVILLE DAN HYUNDAI MENANG DI ITALI

Google ads

B K

Back to top button