
XIAOMI SU7 DIPERKENALKAN DI CHINA – JANA 673HP, JARAK GERAK 800KM, HARGA MASIH RAHSIA
Jenama automotif baharu dari China, Beijing Xiaomi, baru-baru ini secara rasmi memperkenalkan model elektrik pertamanya iaitu Xiaomi SU7.
Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran panjang 4,997mm, lebar 1,963mm dan jarak roda 3,000mm, sepadan dengan Hyundai Ioniq 5 serta jauh lebih besar berbanding Tesla Model 3, 2,875mm.
Ditawarkan dalam dua varian, SU7 dan SU7 Max, ia dimuatkan dengan skrin kawalan tengah 16.1-inci dengan resolusi 3k, panel instrumen 7.1-inci dan dua skrin di belakang untuk penumpang – tablet Xiaomi yang dipanggil Mi Pads.

Sementara, sistem navigasi boleh ditayangkan pada 56-inci HUD, manakala sistem operasi kokpit HyperOS dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 8295.
Sistem pemanduan automatik (ADAS), Xiaomi Pilot pula dikuasakan oleh dua cip Nvidia Orin-X dengan kuasa pengkomputeran 508 TOPs.
Selain itu, pembeli mendapat pilihan rim 19 atau 20 inci dan juga boleh memesan kereta dengan sensor Lidar, yang terletak di belakang cermin depan untuk menyediakan ciri bantuan pemandu tercanggih

Xiaomi SU7 tersedia dalam dua pilihan sistem pemacu iaitu pacuan belakang (RWD) yang menggunakan motor 220kW, menghasilkan 295hp dan 400Nm tork dengan jarak gerak 668km.
Pacuan semua roda (AWD) pula dijana oleh motor 495kW, menghamburkan kuasa 673hp, 848Nm dan jarak pemanduan sejauh 800km.
Untuk harga pula, Xiaomi bagaimanapun masih belum mendedahkan harga tetapi Ketua Pegawai Eksekutif, Lei Jun mengakui ia tidak dijual dengan harga murah.
GALERI:




- BACA: PESAING TESLA, XIAOMI SU7 BAKAL MUNCUL DENGAN TIGA VARIAN, JANA 664HP
- BACA: CEO XIAOMI AUTOMOBILE SASAR JUALAN EV 10 JUTA UNIT SETIAP TAHUN. MAHU JADI PEMEGANG UTAMA PASARAN EV
- BACA: XIAOMI MAHU BELI KILANG BORGWARD DI BEIJING. KAPASITI PENGELUARAN 180K UNIT SETAHUN
- BACA: XIAOMI PERKENAL SKUTER PRO 2 EDISI MERCEDES AMG PETRONAS F1. HARGA RM3,915