
YAMAHA Y16ZR EDISI KHAS 6MRO DILANCARKAN – TERHAD 3,000 UNIT, HARGA BERMULA RM13K
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini secara rasmi melancarkan Yamaha Y16ZR Edisi Khas 6MRO, sebuah model yang eksklusif dan memikat.
Model ini bukan sahaja menyerlah dengan reka bentuk yang unik, malah turut dilengkapi dengan ciri menarik seperti emblem ‘Glow-in-the-Dark’ pertama.
Selain itu, Yamaha Y16ZR 6MRO hadir dengan nombor siri unik bersama lencana peringatan ‘6MRO’ melambangkan status istimewa bagi pemiliknya.

Jentara ini hadir dengan skema warna asimetri, di mana setiap sisi motosikal mempunyai warna berbeza, sekaligus menyerlahkan lagi keterampilan Yamaha Y16ZR 6MRO.
Secara mekanikal, ia masih dijana oleh enjin 4-lejang, 4-injap, SOHC 155cc dengan penyejukan cecair yang canggih dan berkuasa dengan Penggerak Injap Pembolehubah (VVA).
Nadi berkenaan berupaya menghamburkan kuasa 17.7hp @9,500rpm, 14.4Nm tork @8,000rpm serta dipadankan kotak gear 6-kelajuan.

Bagi peminat yang ingin memiliki model ikonik ini, Yamaha Y16ZR Edisi Khas 6MRO akan tersedia di semua pengedar sah Yamaha bermula 1 Disember 2024.
Hanya terhad kepada 3,000 unit, harga runcit disyorkan adalah sebanyak RM13,668, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.
GALERI:












- BACA: FAKTA MENARIK TENTANG EDDIE LAWSON – JUARA DUNIA YANG JARANG TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN
- BACA: MAZDA COSMO – INILAH DIA MODEL YANG DIGUNAKAN DALAM SIRI ULTRAMAN
- BACA: MERCEDES-BENZ, PORSCHE MAKIN TERTEKAN, PENGELUAR KERETA MEWAH CHINA KINI JADI PILIHAN
- BACA: GWM HAVAL H6 HEV TERIMA LEBIH DARIPADA 1,500 TEMPAHAN KURANG SEBULAN PELANCARAN