BENELLI SERTAI JELAJAH 1 JIWA SEMPENA ULANG TAHUN KE-50 JUBLI EMAS BERNAMA

SHARE

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) telah menganjurkan Program Jelajah 1 Jiwa bersempena sambutan ulangtahun ke-50 Jubli Emas BERNAMA bermula 8 hingga 15 Julai 2017 lalu.

Jelajah 1 Jiwa merupakan konvoi motosikal dan skuter berkuasa tinggi melibatkan petugas BERNAMA sendiri. Program ini akan menjelajah kesetiap pejabat Biro BERNAMA di seluruh Negara termasuklah pejabat-pejabat pewarta.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

BACA: LELAKI INI BELANJA RM2000 SAHAJA JELAJAH 6 NEGARA!

Siri penjelajahan terbahagi kepada dua peringkat di mana Siri Pertama akan ke Putrajaya, Kuala Lumpur, Shah Alam, Ipoh, Georgetown, Alor Star, Kangar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Johor Bharu, Melaka dan Seremban.

Manakala bagi Siri Kedua di Sarawak dan Sabah, jelajah bermula di Kuching, Sibu, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan danTawau.

Pihak Mforce Bike Holdings berbesar hati menaja lima  buah motosikal yang terbaharu jenama Benelli iaitu tiga buah model TRK502 dan dua buah model 302R untuk digunakan sepanjang konvoi ini berlangsung.

Selain daripada menjelajah kesetiap biro BERNAMA, konvoi juga akan berkunjung ke cawangan Mforce Bike Holdings di Segambut dan pusat pameran Benelli.

Penyerahan motosikal disempurnakan oleh Pengurus Besar Mforce Bike Holdings, En Asri Ahmad pada majlis pelancaran dan pelepasan program.

Perlepasan bagi program ini diadakan di Wisma BERNAMA, Jalan Tun Razak pada 8 Julai 2017 (Sabtu) pada jam 8.30 pagi. Flag-off jelajah ini disempurnakan oleh Pengurus Besar BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh.

Share this post

scroll to top