Buletin

MITSUBISHI TAWAR BONUS TUNAI SEHINGGA RM12,000!

Pandu sebuah kenderaan Mitsubishi baharu pada tahun ini kerana pengedar rasminya, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini menawarkan tawaran hebat dengan bonus tunai sehingga RM12,000 untuk model-model terpilih Mitsubishi.

Pelanggan yang membeli Triton baharu akan menikmati bonus tunai sehingga RM9,000 dan tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km. Bonus tunai untuk semua varian Triton adalah seperti berikut:

Pelanggan yang memiliki SUV kompak ASX pula bakal menerima bonus tunai sehingga RM10,000 untuk varian terpilih. Di samping jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had. ASX ditawarkan pada harga bermula RM105,744 untuk varian ASX 2WD GL. Manakala ASX 2WD berharga RM115,468 dan ASX 4WD ialah RM129,010 seunit.

SUV Outlander pula ditawarkan dengan bonus tunai sehingga RM4,000 penyelenggaraan percuma untuk dua tahun dan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km. Outlander yang berharga RM168,600  seunit baru-baru ini memenangi anugerah SUC/Crossover 7 Tempat Duduk Terbaik pada acara CarSifu Editor’s Choice Awards 2016.

PROMOSI RAYA ISTIMEWA MITSUBISHI

Pelanggan yang memilih Pajero Sport VGT akan menikmati bonus tunai sehingga RM10,000 dan jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had. Pajero Sport VGT berharga RM 179,716 seunit.

Akhir sekali, pelanggan yang membeli Mitsubishi Attrage GS akan menerima bonus tunai sehingga RM12,000. Mitsubishi Attrage GS ditawarkan pada harga RM75,250 seunit.

Mitsubishi Motors No. 1 – J.D. Power Asia Pacific 2016

Dalam laporan kajian Indeks Kepuasan Jualan (SSI) J.D. Power Asia Pacific 2016, MMM berada di ranking No. 1 di kalangan 16 pengeluar kenderaan. Ia memperoleh 815 mata dalam aspek kepuasan pelanggan secara keseluruhannya.

MMM mencatat skor terbaik dalam pelbagai kategori – kepuasan, inisiatif jualan, pengedaran, jurujual, tempoh penghantaran dan proses.

MMM kini diwakili oleh 55 buah bilik pameran (47 ialah pusat 3S) dan 53 pusat sevis di seluruh Malaysia. Di Malaysia Timur, MMM diwakili oleh 12 bilik pameran (6 di sabah dan Sarawak).

Google ads
Back to top button