Artikel Pilihan

π…π€πŠπ“π€ 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 π“πŽπ˜πŽπ“π€ 𝐀𝐋𝐏𝐇𝐀𝐑𝐃 & π•π„π‹π‹π…πˆπ‘π„

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini kita ingin membincangkan tentang kos penjagaan Toyota Alphard dan Vellfire model terbaru iaitu AGH30 dan GGH30.

Jentera ini boleh dikatakan MPV wajib milik bagi mereka yang berkemampuan di negara kita. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkeluarga besar. Jentera ini boleh didapati melalui pengedar sah Toyota dan juga pengedar kenderaan “Recon”. Memang terlalu banyak unit yang masih tersedia dijual di pasaran.

Sedikit trivia tentang jentera ini, ada banyak varian untuk Toyota Alphard serta Vellfire ini. Saya senaraikan seperti dibawah :-

𝐀π₯𝐩𝐑𝐚𝐫𝐝 𝟐.πŸ“π‹

  • X
  • S
  • SA
  • SC
  • G

π•πžπ₯π₯𝐟𝐒𝐫𝐞 𝟐.πŸ“π‹

  • X
  • Z
  • ZA
  • ZG
  • V

𝐀π₯𝐩𝐑𝐚𝐫𝐝 πŸ‘.πŸ“π‹

  • SA
  • SAC
  • GF
  • Executive Lounge

π•πžπ₯π₯𝐟𝐒𝐫𝐞 πŸ‘.πŸ“π‹

  • ZA
  • ZAG
  • VL
  • Executive Lounge

Perbezaan antara varian merangkumi aksesori seperti jumlah kapasiti tempat duduk, jenis tempat duduk, kemasan dalaman, pemain audio, “Sunroof”, dan macam-macam lagi.

Perbezaan paling ketara bagi model 2.5L dan 3.5L pula adalah jenis enjin yang digunakan serta sisrem transmisi.

Model 2.5L mempunyai kod chassis AGH30 dan AGH35. AGH30 merujuk kepada sistem 2WD dan AGH35 merujuk kepada sistem 4WD. Ia menggunakan enjin 2AR-FE 4 silinder sebaris dipadankan bersama sistem transmisi 7-Kelajuan Super CVT-i. Padanan ini menghamburkan kuasa sebanyak 180hp dan daya kilas sekuat 235Nm.

Model 3.5L pula mempunyai kod chassis GGH30 dan GGH35. Sama seperti AGH30 dan AGH35, 30 merujuk kepada sistem 2WD dan 35 pula 4WD. Model ini menggunakan enjin 2GR-FE 6 Silinder V6 dan dipadankan dengan sistem transmisi 6-Kelajuan ECT. Padanan ini menghasilkan kuasa sebanyak 276hp dan daya kilas sekuat 330Nm. Model “Facelift” bermula tahun 2018 menerima pembaharuan apabila menerima enjin serta sistem transmisi baru iaitu enjin 2GR-FKS 6 Silinder V6 dipadankan dengan sistem transmisi 8-Kelajuan “Direct Shift Automatic”. Padanan ini menghasilkan kuasa sebanyak 296hp dan daya kilas sekuat 362Nm. Dekat 300hp beb MPV ni. Patut laju semacam di lebuh raya.

Tanpa membuang masa, kita pergi ke kos penjagaan jentera ini.

πŸ›  π„ππ†πˆππ„ πŽπˆπ‹ π’π„π‘π•πˆπ‚π„

Bagi model 2.5L, ia menggunakan 4.4 liter minyak enjin. Bagi model 3.5L, model “Pre-Facelift” yang menggunakan enjin 2GR-FE menggunakan 6.1 liter minyak enjin. Model “Facelift” yang menggunakan enjin 2GR-FKS pula menggunakan 5.4 liter minyak enjin.

Tahap kelikatan minyak yang disarankan oleh pihak Toyota adalah 5W-30 Fully Synthetic.

Kos untuk menukar minyak enjin, “Oil Filter”, beserta upah adalah dalam lingkungan RM350-RM550 bergantung kepada jenama minyak enjin.

πŸ›  π“π‘π€ππ’πŒπˆπ’π’πˆπŽπ π’π„π‘π•πˆπ‚π„

Bagi model 2.5L, ia menggunakan kotak gear jenis CVT, oleh yang demikian, Ia menggunakan Toyota CVT Fluid FE dan disarankan ditukar bersama “CVT Filter” setiap 40,000km.

Bagi model 3.5L, model 6-kelajuan serta 8-kelajuan menggunakan ATF jenis Toyota ATF WS dan disarankan ditukar bersama “Filter” setiap 40,000km.

Ketika proses penukaran, proses “Fluid Levelling” dan “Calibration” hendaklah dilakukan bagi mendapatkan jumlah sukatan ATF yang tepat. Hal ini untuk mengelakkan “Overfill” atau “Underfill”. Kegagalan melakukan proses ini dan mengukut sela masa penukaran ATF boleh merosakkan sistem transmisi anda.

Kos bagi menukar ATF serta “Filter” ini adalah dalam lingkungan RM400-RM500.

Sekarang kita pergi pula ke bahagian “Wear & Tear Parts”.

πŸ”§ ππ‘π€πŠπ„ 𝐏𝐀𝐃𝐒

Pad brek merupakan komponen yang akan habis. Kecuali jika kenderaan anda memang jarang atau tidak bergerak. Pad brek ini terdapat di bahagian hadapan dan belakang jentera.

Sekiranya sudah habis atau nipis, adalah dinasihatkan untuk tukar dengan segera. Hal ini kerana pad brek merupakan komponen penting bagi membolehkan jentera anda dapat berhenti dengan jayanya. Kalau tak boleh berhenti, naya Tuan-Tuan.

Kebiasaannya ketika servis, pihak bengkel akan memeriksa kondisi pad brek sama ada masih banyak atau perlu ditukar. Sekiranya perlu ditukar, kosnya adalah dalam lingkungan RM250 bagi pad brek hadapan dan RM190 bagi pad brek belakang. Ada yang lagi mahal, ada yang lagi murah. Bergantung kepada jenama.

πŸ”§ ππ‘π€πŠπ„ π‘πŽπ“πŽπ‘π’

Rotor Brake atau “Brake Rotor” atau “Brake Disc”. Komponen ini kebiasaannya akan semakin menipis dan sekiranya di dalam keadaan ekstrem seperti menuruni cerun, ia boleh menjadi bengkok dan tidak rata.

Solusinya, sekiranya masih tebal, permukaan rotor boleh di “Skim”. Adalah penting untuk mendapatkan permukaan yang rata. Sekiranya tidak rata, akan terasa gegaran yang kuat ketika membrek.

Sekiranya sudah menipis dan tiada ruang untuk “Skim”, adalah dinasihatkan untuk menukar unit rotor dengan yang baru.

Kosnya adalah dalam lingkungan RM550 bagi rotor depan dan RM580 bagi rotor belakang. Ada yang murah dan ada yang mahal. Bergantung kepada jenama.

Sekiranya ada rezeki lebih, boleh juga menukar sistem brek sedia ada kepada “Big Brake Kit”. Tak kisah lah jenama seperti Brembo, Endless, Project U, AP Racing dan macam-macam lagi. Pastikan yang tulen. Kalau yang tiruan, adalah lebih baik menggunakan sistem brek sedia ada. Kosnya pula kebiasannya 5 angka. Kalau pakai Endless memang terus jadi “King” dalam “Group” πŸ˜‚.

πŸ”§ π€πˆπ‘ π…πˆπ‹π“π„π‘

“Air Filter” atau Penapis Udara merupakan komponen yang menapis udara dari luar sebelum masuk ke “Throttle Body”. Kebiasannya, komponen ini akan kotor apabila sudah digunakan sekitar 30,000km-40,000km. Sekiranya sudah terlalu kotor, adalah dinasihatkan untuk menukarnya dengan unit yang baru.

Kos untuk menukarnya pun tidak mahal. Kebiasannya sekitar RM50 sahaja.

Terdapat juga “Performance Drop In Air Filter” daripada jenama K&N. Cuma harganya agak mahal iaitu sekitar RM500.

πŸ”§ π‚π€ππˆπ π…πˆπ‹π“π„π‘

“Cabin Filter” atau “Aircond Filter” berfungsi untuk menapis udara luar yang masuk ke dalam kabin kenderaan. Sekiranya komponen ini sudah kotor, akan terdapat bau-bauan yang tidak menyenangkan masuk ke dalam kabin kenderaan anda.

Kos untuk menukar komponen ini adalah sekitar RM40-RM50 sahaja. Murah bukan ?

πŸ”§ π€πˆπ‘π‚πŽππƒ π…π‹π”π’π‡πˆππ†

Sistem Penghawa Dingin kenderaan terdiri daripada beberapa komponen dan sistem ini berfungsi secara “Close Loop”.

Di dalam sistem ini, terdapat dua entiti utama iaitu minyak “Compressor” dan juga gas R134a. Proses “Aircond Flushing” adalah bertujuan untuk membersihkan sistem dari kotoran serta keladak yang boleh merosakkan komponen-komponen utama sistem penghawa dingin kenderaan.

Bagi jentera Alphard & Vellfire, ia menggunakan “Double Blower” dimana sistem ini menjadikan laluan sistem penghawa dingin menjadi lebih panjang dari kenderaan biasa. Oleh yang demikian, kegunaan minyak dan gasnya juga adalah lebih banyak daripada kenderaan biasa.

Proses ini disarankan dilakukan setiap 40,000km. Ketika proses dilakukan, minyak dan gas yang lama akan dikeluarkan dan ditukar dengan yang baru. Kosnya dalam lingkungan RM250.

πŸ”§ π€πˆπ‘π‚πŽππƒ π’π„π‘π•πŽ πŒπŽπ“πŽπ‘

Komponen ini merupakan komponen yang boleh dikatakan “Common Problem” untuk jentera Alphard & Vellfire. Kegagalan komponen ini berfungsi dapat dikesan apabila salah satu corong penghawa dingin melepaskan udara panas manakala sebelah lagi udara sejuk.

Sekiranya perkara ini berlaku, pertama sekali adalah lakukan proses penentukuran atau “Calibration” dengan menggunakan komputer. Sekiranya tidak berjaya, hal ini bermakna unit “Servo Motor” perlu ditukar.

Proses untuk menukar komponen ini agak rumit dan memakan kos sekitar RM600-RM700.

πŸ”§ π’ππ€π‘πŠ 𝐏𝐋𝐔𝐆

Bagi model 2.5L, enjinnya merupakan enjin 4 silinder sebaris. Oleh itu, hanya 4 unit “Spark Plug” diperlukan. Rutin penukaran “Spark Plug” disarankan oleh pengeluar adalah setiap 100,000km. Namun, setiap kali servis kebiasannya pihak bengkel akan memeriksa keadaan “Spark Plug” secara visual dan gap “Electrode”.

Sekiranya perlu ditukar, kosnya dalam lingkungan RM280.

Bagi model 3.5L, enjinnya merupakan enjin 6 silinder V6. Oleh itu, 6 unit “Spark Plug” diperlukan. Sekiranya perlu ditukar, kosnya adalah dalam lingkungan RM630.

πŸ”§ πˆπ†ππˆπ“πˆπŽπ π‚πŽπˆπ‹

Enjin jentera Alphard dan Vellfire ini merupakan enjin moden dan sistem “Coil On Plug” merupakan sistem asas sistem penyalaan jentera ini. Oleh yang demikian, terdapat 4 unit “Ignition Coil” bagi model 2.5L dan 6 unit “Ignition Coil” bagi model 3.5L.

Komponen ini jarang rosak, sekiranya rosak, enjin akan jadi tempang disebabkan “Misfire” yang berlaku. Sekiranya rosak, kos untuk menukar “Ignition Coil” ini adalah sekitar RM150 setiap satu.

πŸ”§ π€ππ’πŽπ‘ππ„π‘

Komponen ini merupakan komponen yang sangat penting di dalam sistem gantungan. Tugasnya adalah untuk menyerap hentakan. Kegagalan komponen ini berfungsi dengan baik akan menyebabkan kenderaan tidak stabil ketika memandu lebih-lebih lagi ketika di selekoh dan jalan tidak rata.

Sekiranya sudah rosak, kos untuk menukar komponen ini adalah sekitar RM1,700 pada bahagian hadapan dan RM600 pada bahagian belakang.

πŸ”§ π€πˆπ‘π‚πŽππƒ π‚πŽπŒππ‘π„π’π’πŽπ‘

Komponen ini jarang rosak sebenarnya. Namun ia tetap mempunyai potensi untuk rosak sekiranya sistem penghawa dingin tidak diservis secara berkala.

Sekiranya rosak, unit kompressor ini memakan kos sekitar RM2,500 termasuk gas dan upah. Mahal bukan ? Oleh itu, sentiasa lah jaga secara berkala dengan melakukan “Flushing”.

πŸ”§ πƒπ‘πˆπ•π„ 𝐁𝐄𝐋𝐓

“Drive Belt” atau “Fan Belt” merupakan komponen yang berfungsi untuk memacu “Waterpump”, “Aircond Compressor” dan “Alternator”. Sekiranya komponen ini putus, maka jentera anda akan kehilangan kuasa disebabkan tiada caj elektrik yang dihasilkan oleh “Alternator”. Begitu juga sistem penghawa dingin yang tidak akan berfungsi.

Komponen ini boleh diperiksa secara berkala. Sekiranya sudah nampak kesan retak, dinasihatkan untuk tukar dengan kadar segera. Kosnya adalah dalam lingkungan RM150 beserta upah.

πŸ”§ π‘πŽπ€πƒπ“π€π—

Nilai cukai jalan sentiasa bermain di fikiran rakyat Malaysia sebelum membuat keputusan memiliki apa-apa jentera.

Bagi model 2.5L, nilai cukai jalan untuk setahun adalah sebanyak RM835.20 manakala bagi model 3.5L adalah sebanyak RM2,369.60.

Disebabkan jentera ini dibawah kategori MPV, nilai cukai jalan di atas nama Syarikat mahupun Persendirian adalah sama. Oleh yang demikian, jentera ini sesuai didaftarkan atas nama syarikat.

Jadi ini lah sedikit sebanyak yang kami dapat kongsikan tentang fakta penjagaan Toyota Alphard & Vellfire.

Google ads
Back to top button