Motosikal

ANDREA IANNONE DIGANTUNG SEMENTARA, POSITIF DADAH ANABOLIK STEROID

Pelumba pasukan Aprilia MotoGP, Andrea Iannone dikenakan hukuman gantung sementara selepas dilapor positif ujian dadah anabolik steroid. Keputusan itu didedahkan selepas ujian yang dijalankan di Sepang, November lalu.

Iannone yang merupakan pemenang Grand Prix Austra 2016 masih mempunyai kontrak selama dua tahun dengan Aprilia.

Menurut satu kenyataan rasmi yang dikelaurkan oleh Federation Internationale de Motocyclisme (FIM), Iannone akan digantung bermyla 17 Disember 2019 sehingga ‘satu tarikh yang akan diberitahu kelak.’

Pelumba itu boleh merayu, meminta ujian itu dianalisa kali kedua kedua dan berada di sana ketika disiasat.

Dia juga boleh merayu atas hukuman penggantungan yang akan mengharamkannya daripada bersaing dalam mana-mana pertandingan atau aktiviti perlumbaan motosikal.

“Federation Internationale de Motocyclisme (FIM) ingin memaklumkan bahawa pelumba Grand Prix, Andrea Iannone kini digantung sementara, berasaskan kepada Article 7.9.1 Kod Anti-doping (CAD) FIM 2019.

“Andrea Iannone berhak untuk meminta dan menghadiri sesi analisa sampel B miliknya.  Di bawah Kod Anti-doping (CAD) FIM dan Kod Anti-doping Dunia, FIM tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut buat masa sekarang,” jelas kenyataan daripada FIM.  

Berita ini menjadi kes rasmi pertama kemungkinan berlakunya pelanggaran kod anti-doping dalam paddock grand prix sejak pelumba Moto2, Anthony West disahkan positif dadah methylhexanamine pada tahun 2012.

West dilapor telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan, tetapi gagal dan keputusannya dalam Moto2 selama setahun setengah dibatalkan.

Mazda CX30

Iannone yang menggantikan Scott Redding dilihat bergelut untuk menyaingi prestasi seorang lagi pelumba Aprilia, Aleix Espargaro terutama sepanjang tahun 2019. Namun, dia dilihat berjaya merapatkan jurang pada akhir kempen perlumbaan.

Dia sebelum ini pernah berada dalam pasukan satelit Ducati Pramac dan Suzuki, serta telah berada dalam kelas premier selama tujuh musim sepanjang kerjayanya.

Tags
Google ads
Back to top button