Buletin

2 BUAH VW KOMBI NAK JUAL, RASA BERAPA HARGA?

‘Scene’ kereta klasik tidak boleh disamakan dengan kereta yang baru keluar dari kilang. Tidak ada istilah ‘baik beli’ kerana sesebuah kereta klasik mempunyai nilai dan keistimewaan tersendiri ditambah pula jika ada kisah menarik di sebaliknya.

Di antara kereta klasik yang mempunyai nilai tinggi dan menjadi buruan ialah Volkswagen Kombi. Tahukah anda? Kombi pertama kali dikeluarkan pada tahun 1949 dan van ini masih nampak tegap walaupun sudah berusia!

Di United Kingdom ada dua buah Kombi T2 yang mahu dijual dan diuruskan oleh Classic Car Auctions (CCA). Syarikat ini sentiasa mempunyai stok menarik untuk ditawarkan.

Volkswagen T2 1976

Kombi campervan dengan warna unik ini asalnya dimiliki oleh seorang artis iaitu Rafael Appleby.

Warna unggu dan jingga sememangnya menarik perhatian dan satu karakter Kombi ialah ianya sesuai digayakan dengan pelbagai tema.

Kombi ini asalnya diimport dari Amerika Syarikat dan stereng telah diubah dari kiri ke kanan. Unit ini juga telah dibaik pulih dengan cemerlang dan menelan kos tinggi.

Unit ini dibaik pulih lima tahun lalu dengan kos £30,000 oleh pakar terkenal Morecambe and Wize di Blackpool, England.

Enjin digantikan kepada sesaran 1534 cc dan menggunakan transmisi manual. Jarak pemanduan pula hanya 41,521 kilometer.

Jika bahagian luar menarik perhatian, dalaman Kombi ini juga sama ceria dengan warna unggu dan jingga.

Walaupun menelan kos baik pulih yang tinggi, CCA memaklumkan anggaran harga unit ini adalah dari £15,000 (RM85,291) hingga £18,000 (RM102,349).

Volkswagen Type 2 (T1) 1965

VW Kombi lama di pasaran dan hanya dihentikan pada tahun 2013 di Brazil (T2c). Menariknya pada masa itu model T3 telah diperkenalkan pada tahun 1979.

Selari dengan usia panjang banyak jenis Kombi diperkenalkan dan model asal mempunyai cermin terpisah (split screen/splitty) seperti unit tahun 1965 ini.

Unit yang mahu dijual ini sudah lengkap dengan perabot sebagai sebuah campervan. Warna pun cantik iaitu Toga White dan Pastel Blue.

Unit ini telah dibaik pulih sepenuhnya lima tahun lalu oleh UK Sports Cars Ltd dengan bahagian dalaman yang kemas dan tersusun.

Ruang dan susunan dalaman terasa seperti berada di dalam pangsapuri yang tenang dan lapang.

Unit pemanduan sebelah kanan ini digerakkan enjin 1600cc dengan transmisi manual dan kedua-duanya telah dibaik pulih.

Jarak pemanduan hanya 37,014 kilometer dan turut mempunyai rekod penyelenggaraan.

Apa lagi yang menarik? Unit ini disimpan rapi dalam bekas nyahlembap supaya ianya lebih terjaga!

Berapa pula harga splitty ini? Dianggarkan dari £25,000 (RM142,142) hingga (RM170,570)!

Bidaan kedua-dua unit dijadual pada 18 dan 20 Mac 2022 secara dalam talian, telefon dan bersemuka.

Kredit foto: Classic Car Auctions

BACA: VOLKSWAGEN GOLF GTI GENERASI PERTAMA – INILAH DIA HOT HACH LAGENDA

BACA: FORD SIERRA COSWORTH RS500 INI DISIMPAN DALAM STORAN KHAS – CUBA TEKA BERAPA HARGA NAK JUAL?

BACA: HONDA CIVIC TELUR 1978 INI MAHU DILELONG – BARU BERGERAK 13.8K KM SAHAJA

Google ads
Back to top button