Artikel Pilihan

2ZZ-GE, ENJIN PERTAMA TOYOTA DENGAN BLOK ALUMINIUM UNTUK MENGALAHKAN SUPERCAR

Pada tahun 1998, ekonomi dunia ketika itu tidaklah berapa memberansangkan terutama di blok Asia. Ini memaksa Toyota merehatkan beberapa model prestasi tinggi mereka daripada pasaran Amerika termasuklah model lagenda Toyota Supra A90. Sebagai pengganti kekosongan yang ditinggalkan oleh Supra, Toyota ketika itu memperkenalkan model Toyota MR2, sebuah model pacuan belakang enjin enjin berada di belakang

Ketika enjin tersebut diperkenalkan, ia hanya diperkenalkan dengan enjin 1800cc NA yang lebih jinak dan menjimatkan petrol tapi kurang berkuasa. Enjin dengan kod 1ZZ-FE ini ini fokus kepada penghasilan kuasa dan tork pada RPM yang lebih rendah, blok binaan aluminium dengan salutan keluli di bahagian silinder, 4 injap, DOHC dan pacuan rantai pemasaan

Walaupun ia merupakan kali pertama Toyota menggunakan aluminium dalam blok binaan enjin, kuasa enjin 1 ZZ ini tidaklah kuat sangat. Jadi pada tahun 1999, Toyota meminta bantuan rakan teknikal mereka yang pandai menghasilkan piano dan motosikal iaitu Yamaha bagi menghasilkan rekaan kepala silinder yang baru.

Enjin 2ZZ yang baru ini menampilkan beberapa ciri baru seperti rod penyambung dengan besi tempaan (untuk lebih ringan dan kuat), rekaan piston yang baru (nilai diameter dan lejang adalah sama 85mm), nisbah mampatan 11:5 yang lebih tinggi, sistem pemasaan injap VVTL-i (injap pemasaan dan kebolehan untuk membuka dengan lebih luasa seperti VTEC) bagi membolehkan enjin ini diperah pada RPM yang lebih tinggi

Antara ciri ciri teknikal istimewa yang ada pada enjin ini ialah:

  1. Sistem VVTL-i tidak akan diaktifkan selagi RPM tidak mencecah sehingga 6200 RPM. Dah sampai, baru racing cam akan digunakan
  2. Rev limit enjin ini ialah 8200 RPM, biasanya dikawal dengan pemotongan bekalan petrol atau kawalan palam pencucuh
  3. Bagi unit yang dipasang untuk Lotus, rev limit dinaikkan sehingga 8500 RPM
  4. Bahagian dalam silinder enjin ini diperkuatkan dengan MMC (Metal Matrix Composite) yang mengandungi seramik dan juga serat gentian

Jika enjin 1ZZ-FE menghasilkan kuasa antara 120-140 kuasa kuda dan 171Nm tork, enjin 2ZZ-GE yang lebih agresif menghasilkan sehingga 180 kuasa kuda pada 7600 RPM dan 176Nm tork pada 6800 RPM. Bagi unit yang dipasang pada Corolla Sportivo, ia menghasilkan 190 kuasa kuda dan 181Nm tork. Bagi enjin untuk kegunaan JDM, ia ditala sehingga 187 kuasa kuda.

Disebabkan ia direka sebagai enjin prestasi tinggi, enjin ini mula digunakan pada Toyota Celica, Corolla Sportivo, dan juga Pontiac Vibe GT. Pada masa yang sama, Lotus ketika itu menghadapi masalah disebabkan enjin siri K yang digunakan oleh mereka tidak lagi memenuhi peraturan asap dan pencemaran udara di Eropah dan Amerika. Sebagai pengganti, pihak Lotus mula memesan enjin 2ZZ-GE ini untuk dipasang pada model Elise, Excige dan Eleven Track Weapon.

Bagi Lotus Exige, enjin 2ZZ-GE ini menghasilkan 190 kuasa kuda bagi versi NA. Tapi tak cukup dengan 190 kuasa kuda, Lotus memasang sistem supercaj pada enjin 2ZZ-GE bagi menghasilkan 220 kuasa kuda, 243 kuasa kuda dan 250Nm tork bagi varian 250 Cup dan paling berkuasa dipasang pada varian 260 Cup yang menghasilkan 250 kuasa kuda dan 265 Nm tork dengan gabungan supercaj dan intercooler.

Jap, boleh ke enjin 1800cc ni dipasang pada supercar killer? Jawapannya boleh sebab bila Collin Chapman menghasilkan Elise dan Exige, berat kedua dua supercar ini biasanya kurang dari 1000kg. Sebagai contoh Elise Cup 260 hanyalah seberat 862kg sahaja dan Lotus Sprint beratnya hanyalah 798kg sahaja. Ia mampu memecut 0-100 dalam masa 3.8 saat sahaja dan halaju maksima ialah 243km/jam.

Ingat walaupun enjin ini tidaklah popular seperti 2JZ, namun ia adalah antara enjin yang pernah digunakan untuk membelasah supercar yang lain.

Google ads
Back to top button