Buletin

4 PEMENANG BERTUAH BAWA PULANG MODEL EDISI KHAS HONDA 1 MILLION DREAMS

Honda Malaysia mengumumkan empat pemenang bertuah yang membawa pulang empat model khas Honda 1 Million Dreams edisi terhad pada 1 Million Dreams Grand Finale.

Cabutan berkenaan berlangsung di perkarangan tapak letak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam meraikan empat pemenang bertuah Shaiful Rezza Abdul Razak, Chuah Sze Yong, Lim Lye-Gaik, Abdul Hakim Mohd. Radzi. 

Jentera dimenangi para pemenang merupakan Honda Jazz, Honda Civic, Honda CR-V dan Honda Accord edisi khas 1 Million Dreams.

Lebih manis, model Honda Jazz yang dimenangi Shaiful Rezza dikhususkan kepada barisan hadapan yang banyak mengorbankan tenaga dan masa dalam ‘memerangi’ penularan pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Abdul Hakim membawa pulang Honda Accord, Chuah Sze Yong (Honda Civic) manakala Lim Lye-Gaik (Honda CR-V).

Kempen 1 Million Dreams yang berlangsung pada 25 Februari hingga 24 Mac lalu menawarkan sebanyak tujuh model edisi khas 1 Million Dreams bernilai RM1 juta.

Ia bertujuan untuk menghargai para pelanggan atas sokongan serta tanda terima kasih mereka terhadap jenama Honda sehingga  mencapai jualan sebanyak satu juta unit.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, tujuh kenderaan edisi khas ini direka khusus dengan ciri-ciri unik menjadikan ia satu-satunya model di Malaysia.

“Bahagian dalaman kenderaan didatangkan kemasan dua tona, fascia bahagian hadapan dilengkapi sentuhan warna merah, cermin sisi dengan garisan merah sporty dan rim aloi garisan warna merah.

“Selain itu, ia turut mendapat lencana khas tertulis 1 Million Dreams pada bahagian fender hadapan,” katanya.

Sebanyak tiga lagi jentera iaitu Honda BR-V, HR-V dan City yang bakal dimiliki pemenang bertuah akan diumumkan pihak Shopee, Cuckoo dan Watson yang merupakan rakan sama Honda Malaysia bagi kempen 1 Million Dreams.

Google ads
Back to top button