Artikel Pilihan

3 JUARA PARIS-DAKAR DITEMUKAN KEMBALI DENGAN MITSUBISHI PAJERO MEREKA (+VIDEO)

Masa sudah semakin suntuk untuk Mitsubishi Pajero selepas pengeluar daru Jepun itu mengumumkan untuk menamatkan pengeluarannya. Tapi sebelum pengeluarannya berakhir, Mitsubishi telah mengeluarkan sebuah video untuk memperingati kegemilangan Pajero selama 26 tahun selain pernah menjadi juara paling banyak perlumbaan Paris-Dakar sehingga sekarang. Video tersebut dinamakan “The Spirit of Pajero”.

Terdapat pelbagai aksi Pajero memecut di dataran padang pasir dan melonjak sewaktu merempuh bukit-bukit pasir dalam perlumbaan yang seolah-olah tiada penghujungnya. Namun  kemuncak sebenar video ini ialah bila 3 orang bekas juara dari era berbeza ditemukan kembali dengan kenderaan kemenangan mereka dalam perlumbaan paling lasak di dunia tersebut.

Pada tahun 1985, Patrick Zaniroli memberikan kemenangan pertama untuk Pajero dalam perlumbaan Paris-Dakar. Beliau telah berjaya menamatkan perlumbaan  dengan jarak 11,000 kilometer merentasi Gurun Tenere dan menewaskan 400 buah kereta lain. Separuh daripada jumlah itu gagak menamatkan perlumbaan akibat pelbagai masalah.

Hiroshi Masuoka pula bukan setakat memenangi perlumbaan 2 tahun berturut-turut (2002-03) tetapi juga telah terlibat sejak dari peringkat awal pengeluaran Pajero sebagai pemandu penguji professional. Beliau turut berkongsi perasaan bangga beliau sewaktu Pajero melintas garisan penamat, ia seolah-olah seorang bapa menyaksikan kelahiran bayi sendiri. Syahdu weh.

Luc Alphand pula asalnya seorang juara dunia kejohanan ski turun bukit tetapi juga cemerlang dalam perlumbaan Paris-Dakar bila bergelar juara pada tahun 2006 dengan memandu Pajero Evolution. Ia merupakan perlumbaan yang memakan masa 16 hari dengan jarak keseluruhan 9,043 kilometer merentasi Gurun Sahara.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Memang syahdu bila melihat para pemandu asal melihat dan menyentuh kembali jentera Pajero kejuaraan mereka. Tambah pula bila ia diselang-selikan dengan aksi mereka sewaktu perlumbaan dalam era masing-masing.

Kini nama Pajero sudah berakhir dan mengikut jejak langkah Lancer Evolution yang sudah terlebih dahulu meninggalkan kita. Sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap yang berlalu pasti akan berakhir. Sekarang masa Pajero mana tahu dalam 30 tahun lagi Myvi pulak akan meninggalkan kita.

Tags
Google ads
Back to top button