Buletin

TMALL GENIE AUTO – PLATFORM ARAHAN SUARA CANGGIH DARIPADA ALIBABA A.I.LABS

Honda, Audi dan Renault baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan AlibabaA.I.Labs, sebuah divisyen penyelidikan kepintaran buatan (AI) Alibaba Group. 

Kerjasama yang diumumkan pada acara CES di Shanghai minggu ini akan menyaksikan kenderaan tiga jenama tersebut dipasang dengan teknologi Tmall Genie Auto.

Di bawah perjanjian tersebut, kereta baharu dengan ciri pintar akan diintegrasikan dengan platform AI yang dihasilkan oleh Alibaba. 

Alat yang kelihatan seperti sebuah pembesar suara kecil itu membolehkan pemandu menggunakan arahan suara untuk melakukan pelbagai tugasan ketika memandu. 

Teknologi itu membenarkan pemandu untuk mencari restoran atau lokasi tarikan berhampiran, memainkan buku kanak-kanak, menempah tiket wayang, memeriksa maklumat atau membeli barangan daripada laman e-dagang Alibaba hanya menerusi arahan suara. 

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Tmall Genie Auto juga membolehkan pengguna memadankan dan mengawal peranti pintar di rumah. Jadi, mereka boleh menghidup atau mematikan pendingin dan pemanas atau lampu. 

Teknologi AI yang merangkumi pengecaman suara serta bahasa, Tmall Genie menawarkan pengguna dengan ekosistem perkhidmatan dan kandungan Alibaba yang begitu luas. 

“Kami mahu mengembangkan perkhidmatan bantuan suara berdasarkan kepada pemintaan dan kepeluan pelanggan di China,” kata Pengarah Kanan Pendigitalan dan Pembangunan Kenderaan Elektrik Baharu Audi, H.W. Vassen.

Tahun lalu, Daimler, Audi dan Volvo menjadi jenama asing pertama yang mengadaptasi Tmall Genie Auto. Platform pembesar suara pintar itu kini bersaing dengan Amazon Echo dan Apple HomePod. 

Sejak diperkenalkan di China pada tahun 2017, lebih 100 juta Tmall Genie telah digunakan di lebih 600 jenama perkakasan pintar di rumah, kenderaan, hotel serta pusat penjagaan. 

Pasaran pembesar suara pintar di China tumbuh hampir lapan kali ganda pada suku pertama tahun ini dengan vendor menghantar 11.2 juta unit dalam masa tiga bulan. 

Tags
Google ads
Back to top button