Artikel Pilihan

3 PERKARA YANG MEMBUATKAN NISSAN GT-R NISMO SANGAT LUAR BIASA

Semua orang kenal dengan Nissan GT-R yang sememangnya cukup hebat baik dari segi prestasi mahupun teknologi. Tapi ini bukan pasal Nissan GT-R biasa (ada ke GT-R biasa?) tapi pasal GT-R edisi Nismo 591 bhp yang dibangunkan di litar Nurburging. Satu nama lagi nama kereta ini yang diberikan oleh Nissan ialah Nissan GT-R dan bukannya Nissan Skyline R35. Nama Skyline telah digugurkan manakala R35 merujuk kepada kod cesi kereta ini. Di sini kami akan terangkan 3 perkara yang membezakan GT-R Nismo ini dari varian GT-R lain.

1. Ekzos titanium yang bernilai RM55,000!

Jangan gosok mata anda kerana itu memang kos yang perlu anda bayar untuk mendapatkan enkzos yang hanya boleh di dapati pada GT-R spesifikasi Nismo. Malah jumlah kuasa kuda kereta juga tidak berubah sebaik ia dipasang pada GT-R. Jadi untuk apa kita bayar mahal-mahal kalu tiada perubahan pada angka kuasa?

BACA: KENAPA NISSAN GT-R BEGITU BERKUASA? INI RAHSIANYA

Nissan memberitahu yang penggunaan ekzos titanium ini menjimatkan berat sebanyak 7 kilogram berbanding ekzos standard. Malah dengan penggunaan ekzos ini dan perkakasan Nismo lain akan menurunkan berat keseluruhan GT-R Nismo sebanyak 37 kilogram (1762kb) berbanding GT-R Premium (1799kg).

Apa hebatnya titanium ni? Aloi titanium terbaik seperti digunakan Nissan (Ti-1Cu) memberikan faedah yang cukup tinggi dalam pembuatan ekzos berprestadi tinggi.

• Mempunyai nisbah kekuatan ke atas berat yang tinggi – kuantiti material diperlukan adalah lebih sedikit untuk pembuatan.
• Kekal teguh walaupun pada suhu yang tinggi.
• Tidak akan teroksida dalam suhu yang tinggi.
• Mudah dibentuk pada suhu rendah untuk memudahkan pembuatan.

Disebabkan paip ekzos GT-R terlalu panas, sirip-sirip ditambah untuk membantu menyejukkannya dengan aliran udara.

2. Pengecas turbo yang diambil daripada perlumbaan GT3

Pengeluar memang suka mengaitkan model keluaran mereka dengan versi model yang mereka gunakan dalam perlumbaan professional. Ia membuatkan membeli merasa yang mereka memandu sebuah model yang istimewa padahal ia cumalah dakwaan semata-mata kerana kedua model perlumbaan dan jalanan dihasilkan secara berasingan. Tapi sekali lagi ia bukan cara Nissan GT-R Nismo.

Malah pengecas turbo yang digunakan sememangnya diambil terus daripada model Nissan GT-R untuk perlumbaan GT3 (IHI Spec V twin-turbos). Ia adalah lebih besar berbanding pengecas turbo pada varian Premium dan Balck Editions. Hasilnya ialah penambahan kuasa maksima sebanyak 55bhp dan tork sebanyak 24Nm berbanding varian standard.

3. Seretan (drag) yang rendah, downforce yang tinggi

Okey yang ni memeningkan kepala sedikit, terdapat perkara yang mesti diselaraskan dalam ciri aerodinamik kenderaan bagi mengoptimakan kadar drag dan downforce tetapi Nissan tahu bagaimana caranya.

Untuk memastikan kereta ini mampu ‘melekat’ dengan lebih baik di permukaan jalan, mereka telah merekabentuk bumper hadapan baru, pelindung bawah enjin dan spoiler daripada gentian karbon untuk kereta ini. Bukan itu sahaja, spoiler itu disembur dengan lapisan pelindung istimewa yang membolehkan anda merasa jalinan serat karbon bila menyentuhnya dengan tangan anda.

Downforce berjaya senaikkan sehingga 100 kilogram dan dilaras agar sempurna dari depan sehinggalah ke belakang. Kadar drag co-efficient bagaimanapun kekal 0.26 sama seperti GT-R lain. Ini merupakan angka drag co-efficient paling rendah untuk sebuah kereta yang memasuki status pengeluaran dan hampir menyamai rekod kereta-kereta eco.

Nissan berkata mereka berjaya melakukannya dengan melebarkan bumper hadapan dan memanjangkan sedikit bumper belakang. Selain daripada itu trek hadapan juga turut dibesarkan untuk kestabilan.

Setiap benda ada harganya
Kesemua proses naik taraf di atas membuatkan harganya mencecah RM650,000 di Amerika Syarikat. Naik hampir RM215,000 berbanding dengan GT-R Premium. Tapi anda kena faham yang GT-R bukannya sebuah kereta sport bajet. Takkanlah pakai GT-R nak pergi tukar ekzos dekat Setapak kan? Malah selain daripada modifikasi di atas terdapat lagi beberapa aspek diberi perhatian seperti penggunaan suspensi yang lebih ringan, penutup bonet gentian karbon, tempat duduk Recaro istimewa untuk model ini dan macam-macam lagi.

Okey, jadi macam mana ia beraksi? Tonton sahaja video di bawah.

Sumber Car Throttle

Google ads
Back to top button