Artikel Pilihan

PEUGEOT TRAVELLER : PESAING MPV BANGSAWAN

Orang Malaysia dan MPV mewah jenama Jepun (baca: Toyota Alphard) ibarat aur denga tebing. Barangkali sudah sampai masannya kita beralih arah ke MPV buatan konti pula. Sebetulnya sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ini acapkali juga Brader Karrager tertembung dengan Peugeot Traveller ini, kenderaan rasmi bagi acara Sukan SEA ini membawa deligasi merata ceruk sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Jadi Brader pun cubalah berkongsi sedikit info tentang MPV buatan Perancis yang bakal dipasang di sini kelak.

BACA : PEUGEOT 5008 – RM159,888

BACA : PEUGEOT 3008 DINOBAT SEBAGAI EUROPEAN CAR OF THE YEAR 2017

Peugeot Traveller ini telah pun dilancarkan pada Geneva Motor Show 2016 dan ianya dijangka memasuki pasaran tempatan dalam tahun ini juga. Ternyata keputusan pihak Naza untuk membekalkan Peugeot Traveller sebagai salah satu kenderaan rasmi bagi Kuala Lumpur 2017 ini berjaya membuatkan ramai mata yang memandang tanpa berkelip. Barang siapa yang berkeliaran kawasan Jalan Ampang KLCC pasti amat mudah untuk melihatkan kelibat MPV yang bapak punya besar ini.

Peugeot Traveller sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk mencari pemilik baharu apabila ianya dipasarkan di Malaysia kelak. Dengan menggunakan enjin 2.0 liter turbodiesel khabarnya, untuk mengangkut sejumlah lapan orang penumpang bukanlah satu masalah besar buat MPV bersaiz emporium ini ketika mendaki ke Genting Sempah. Dari segi saiz pula, Traveller ini berukuran 4,956 mm panjang dengan a 3,275 mm bagi jarak titik rodanya, menjadikan ianya MPV yang cukup besar.

Bila dah besar begini, sudah tentulah ruangan kargonya juga cukup luas apabila barisan kerusi dilipat, seluas 4,900 liter. Nak pindah rumah senang, tak payah sewa lori bagai. Peti Ais, Almari Mekap, TV 40 inci sama Mak Mertua pun boleh sumbat sekali dalam Traveller ini.

Manakala untuk buat berjalan jauh pulang ke kampung pun Traveller ini langsung tidak berkompromi soal selesa walaupun dengan kapasiti penuh lapan penumpang. Corong pendingin hawa di bahagian atas setiap penumpang mampu mendinginkan suhu dalam kabin sambil melayan sinaran matahari. Ada bumbung panoramik berkembar der! Balutan kulit tempat duduk pula sudah dianggap wajib bagi menampilkan ciri-ciri kelas bangsawan.

Dilengkapi dengan enam beg udara, sistem bantuan mendaki, sistem maklumat titik buta, sistem pemantauan tekanan angin tayar dan juga Program Kestabilan Elektronik (ESP) turut dilengkapi pada Peugeot Traveller ini. Tapi yang paling menarik adalah pintu gelungsur automatis berkembar yang pasti mendapat pujian seluruh ahli penumpang di bahagian belakang. Tiada lagi berebut sewaktu urusan keluar/masuk kenderaan. Oh ya, bila mana kenderaan keluarga, sudah tentu isu pemegang cawan / ruang simpanan akan turut menjadi perbalahan di antara adik-beradik. Tetapi tidak bagi Traveller ini.

Buat penggemar kereta konti, Traveller ini pasti akan menjadi jawapan buat mereka yang berkeluarga besar. Yang bukan penggemar konti pun usah risau, boleh juga beli sebab khabarnya ianya bakal dijual kepada pembeli dalam bentuk CKD. Murah sikit orang kata. Orang katalah.

Sumber : Newspress.co.uk

Google ads

B K

Back to top button