Buletin

3 VARIAN BAHARU AUDI A4 DIPERKENALKAN – BERMULA RM218,900

Audi Malaysia semalam memperkenalkan varian baru untuk sedan popularnya, Audi A4. Varian tersebut ialah model entry level Audi A4 1.4 TFSI, Audi 2.0 TFSI quattro dan moedel lebih canggih iaitu Audi A4 2.0 TFSI Tech pack. 

“Apabila Audi Malaysia memperkenalkan Audi A4 baharu pada September tahun lalu, kami ada memberitahu bahawa akan menawarkan varian bari selain Audi A4 2.0 TFSI dan Audi A4 2.0 TFSI S line,” kata Ketua Komunikasi Korporat Audi Malaysia, Isaac Lee Mathew.

Audi A4 1.4 TFSI

Jentera ini dikuasakan oleh enjin 1.4 TFSI yang dipadankan dengan kotak gear S tronic tujuh kelajuan. Ia mampu menjana kuasa maksimum 150hp dan tork 250Nm pada 1,500 -3,500rpm.

Rangkaian kuasa itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa 8.5 saat. Penggunaan bahan api pula sekitar 5.2 l/100km dan emisi 119 g/km.

Luaran Audi A4 1.4 TFSI dibezakan menerusi rekaan rim, penggunaan lampu utama jenis xenon bersama lampu nyalaan siang LED serta lampu halogen di belakang. Di ruang kabin, perbezaan dengan varian Audi A4 2.0 TFSI cuma rekaan sterengnya.

Audi 2.0 TFSI quattro

Menggabungkan enjin 2.0 TFSI yang telah ditingkatkan kuasanya kepada 252hp dan tork maksimum 370Nm dengan sistem pacuan semua roda quattro untuk menawarkan prestasi terbaik.

Model A4 berprestasi tinggi ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 5.8 saat dan dihadkan secara elektrorik pada kelajuan 250km/j. Biarpun begitu, ia masih menjimatkan dengan 5.9 liter/100km dan emisi 136g/km.

Dilengkapi pakej S line sebagai standard, Audi A4 2.0 TFSI quattro hadir bersama bampar hadapan dan belakang yang sporty. Di samping rim aluminium ‘Star’ jejari berkembar bersaiz 18 inci, navigasi MMI, tempat duduk sport, upholsteri Alcantara, Apple Carplay, Android Auto, Audi connect, kemasan aluminium matt dan banyak lagi.

Audi A4 2.0 Tech pack

Tampil dengan barisan teknologi seperti kokpit maya Audi, lampu utama Matrix LED dengan indicator dinamik di hadapan dan sebagainya. Varian itu dipacu oleh enjin sama seperti 2.0 TFSI yang berkuasa 190hp dan tork 320Nm .

Mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 7.3 saat, ia mencatat penggunaan bahan api sekitar 5.0 liter/100km dan emisi CO2 114g/km.

Audi 1.4 TFSI yang didatangkan dalam tujuh warna iaitu putih, perak, biru, merah, kelabu, coklat dan hitam ditawarkan pada harga RM218,900 seunit. Audi 2.0 TFSI quattro berharga RM314,900. Manakala Audi A4 2.0 TFSI Tech pack boleh anda miliki pada harga RM273,900 sebuah.

Namun untuk tempoh terhad, Audi Malaysia menawarkan harga pengenalan yang menarik. Audi A4 1.4 TFSI (RM199,900), Audi 2.0 TFSI quattro (RM294,900) dan Audi A4 2.0 TFSI Tech pack (RM249,900), sehingga stok masih ada.

Anda boleh melihat Audi A4 1.4 TFSI dan secara dekat di semua pengedar Audi di seluruh negara mulai Jumaat ini. Penghantaran akan bermula pada Mei 2017 dan ia hadir bersama jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

BACA: AUDI RS3 SEDAN – POWER TAK INGAT

BACA: AUDI A4 2.0 TFSI – RM239,900 UNTUK 100 UNIT PERTAMA

Google ads
Back to top button