REMAJA MABUK BEDAL LAMPU JALAN NAIK FORD ESCORT BAPA. LUDAH POLIS LAGI!!!
Seorang remaja berusia 13 tahun bakal berdepan digantung memandu sebelum memperoleh lesen selepas menghentam tiang lampu menggunakan Ford Escort bapanya dalam keadaan mabuk.
Dalam kejadian pada awal pagi itu, remaja terbabit yang tidak memiliki lesen memandu terbabas di Gosport, Hampshire, England.
Menurut laporan Metro, ketika gagal menjalani ujian pernafasan, dia berang sehingga meludah pegawai polis menyebabkannya ditahan pihak berkuasa.
Polis tempatan menulis di laman Twitter: “Selamat pagi dari Fareham E shift. Satu lagi hari yang sibuk buat pasukan. Lelaki 13 tahun ditahan memandu kereta bapanya pagi tadi!”
“Pemandu kereta yang diambil gambarnya ini didapati positif ujian pernafasan jalanan di #gosport dan apabila ditahan mengambil keputusan meludah pegawai! Seorang di dalam penjara!’
Jika didapati bersalah, dia bakal menjadi pemandu mabuk termuda di Britain.
Pada 2006, seorang lagi remaja 13 tahun didapati memandu hampir dua kali ganda melebihi had kelajuan dibenarkan menggunakan Ford Mondeo di Salfard, Greater Manchester.
Remaja itu ditahan selama empat bulan di pusat tahanan selepas mengaku memandu tanpa membuka lampu di jalan bertentangan pada kelajuan 112 kilometer sejam di bandar itu malah dia hampir tidak dapat melihat melepasi stereng kereta. – agensi
- BACA: JOHOR NEGERI PERTAMA LAKSANA AKTA BAHARU. 8 PEMANDU MABUK DIPENJARA 7 HARI, DENDA RM10K, GANTUNG LESEN 2 TAHUN
- BACA: PEMANDU MABUK MAUT KERETA TERJUNAM KE DALAM LONGKANG
- BACA: TERLEBIH MABUK SAMPAI TERPAKSA PANGGIL TRAK TUNDA TOLONG HANTAR BALIK – KREATIF NI
- BACA: KISAH SEORANG PEMANDU MABUK YANG MENYALAHKAN MASYARAKAT SELEPAS DISAMAN