" "
Buletin

45 BUAH SUPERCAR PANDU TAK INGAT DUNIA DITAHAN POLIS HK

Pihak polis Hong Kong menahan 45 buah supercar selepas dipercayai memandu laju di lebuh raya Island Eastern Corridor pada hujung minggu lalu.

Dalam operasi yang dilakukan pada pukul 7 pagi itu, pihak polis terpaksa menutup dua laluan untuk menahan jentera-jentera terbabit.

Antara model yang ditahan termasuk Lamborghini, Porsche, Ferrari, Nissan GT-R, McLaren dan Mercedes-AMG GT S.

Jentera menarik perhatian orang ramai merupakan Lamborghini Murcielago SV, Aventador SV dengan warna Verde Ithaca dan dua buah Aventador SVJ.

Menurut laporan media tempatan, salah satu Nissan GT-R telah ditunda pihak berkuasa kerana didakwa melakukan ubah suai secara haram.

Selain itu, polis turut mengarahkan sembilan kenderaan melakukan pemeriksaan sebelum dibenarkan digunakan di jalan raya semula.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Daerah Timur, Derek Ngai Chi-Ho berkata, penduduk setempat yang menetap berdekatan lebuh raya itu telah mengadu bunyi bising dipercayai disebabkan aktiviti lumba haram.

“Ia berlaku beberapa ketika dan menjadi semakin serius apabila tengah malam atau pada hujung minggu dan cuti umum. Masalah berkenaan turut dibangkitkan dalam mesyuarat majlis tempatan,” katanya kepada South China Morning Post.

Laporan berhubung lumba haram meningkat sebanyak 40 peratus kepada 139 pada 11 bulan pertama tahun lalu berbanding hanya 99 laporan sepanjang 2019.

Pihak polis turut mengeluarkan sebanyak tiga peratus saman disebabkan kesalahan memandu dengan laju pada Januari hingga November 2020. -carscoops

Google ads
Back to top button