Buletin

SUBARU WRX STI 2002 UNTUK DILELONG. KEN BLOCK LAKAR REKOD GUNA JENTERA NI

Jentera rali merupakan kenderaan lasak yang perlu dikemudi para pelumba terutama apabila perlu meredah permukaan mencabar dalam perlumbaan.

Berbeza pula model Subaru WRX STi tahun 2002 yang dikendalikan Ken Block apabila melakar rekod dunia melakukan lompatan setinggi 52 meter untuk saluran Discovery Channel.

Bahkan, ia merupakan kenderaan pertama yang digunakan Block dalam meraih kejuaraan rali kebangsaan, Rally in the 100 Acre Woods pada tahun 2006 sebelum menjadi bintang trek dan selebriti.

Menerusi laman bidaan Wall Street Motorsport, Subaru WRX STi 2002 tersebut telah diperbaharui termasuk menukar bendalir, cam belt dan tangki bahan api baharu.

Dalam pada itu, yuran pembelian kenderaan berkenaan akan disalurkan kepada Yayasan Make a Wish.

Mereka yang ingin memiliki jentera itu boleh melakukan bidaan sehingga tarikh tutup pada 3 Mac ini.

Sehingga artikel ini ditulis, nilai bidaan adalah AS$53,000 (RM214,093)- carscoops

Google ads
Back to top button