
5 SYARIKAT TERNAMA JEPUN BERGABUNG HASILKAN JENTERA DAKAR – FUH DAH MACAM VOLTRON PULAK
Jentera rali yang diberi nama HySE-X1 bakal bertanding dalam Raku Dakar 2024 dan menggunakan enjin keluaran Toyota. Ia dibangunkan oleh gagasan yang diberi nama Hydrogen Small Mobility & Engine Technology Research Association (HySE) yang ditubuhkan oleh Kawasaki, Suzuki, Honda, Yamaha dan Toyota. Tujuan gagasan ini ialah untuk menghasilkan enjin bersaiz kecil yang dikuasakan oleh hidrogen.

HySE-X1 diasaskan daripada chasis yang dihasilkan oleh Overdrive Racing. Ia bagaimana pun telah menjalani proses ubahsuai untuk memuatkan tangki bahan api hidrogen dan beberapa komponen lain. Ia menggunakan enjin motosikal 1.0 liter sejukan cecair dengan supercharge dan semestnya menggunakan hidrogen.
Jentera rali ni berukuran 139 inci panjang, 81.5 inci lebar dan 66.9 inci tinggi dengan berat keseluruhan sekitar 1,500 kilogram. Berdasarkan gambar render kita boleh lihat komponen suspense heavy duty dan digandingakan tayar-tayar offroad dan rekaan badan lightweight melindungi kabin yang boleh memuatkan dua orang. Pemandu dan penunjuk jalan semestinya.

Jentera ini akan bersaing dalam kategori “Mission 1000”. Satu kategori yang dikhususkan untuk kenderaan dengan enjin paling cekap tenaga. Ia termasuklah enjin hidrogen, elektrik ataupun hibrid biofuel. Tujuannya bukankah untuk memenangi perlumbaan tetapi lebih kepada medan ujian dalam keadaan yang ekstrim seperti Rali Dakar.
Penyertaan dalam perlumbaan seperti ini memang penting dalam pembangunan kenderaan untuk masa akan datang dan pada masa yang sama bertujuan mempromosikan teknologi neutral karbon untuk masa hadapan.




