Motosikal

KAWASAKI NINJA H2 HYSE – PROTOTAIP MOTOSIKAL HIDROGEN TERBARU

Projek motosikal hidrogen oleh Kawasaki sudah pun berjalan selama beberapa tahun dengan beberapa imej ‘render’ telah pun disiarkan pada 2022. 

Akhirnya pada penghujung 2023, pengeluar motosikal Jepun itu mendedahkan model yang sebenar meskipun masih lagi dalam peringkat prototaip. 

Kawasaki mendedahkan prototaip tersebut yang diberi nama Kawasaki Ninja H2 HYSE ketika di persidangan Group Vision 2023, 12 Disember lalu. 

Apa yang menarik perhatian adalah rupa bentuk model tersebut yang jelas diilhamkan dari Kawasaki Ninja H2 SX. Namun begitu, model prototaip ini kelihatan jauh lebih besar. 

Meskipun begitu,  H2 HYSE (Hydrogen Small Mobility & Engine) ini hanyalah model prototaip dan tujuan Kawasaki adalah membuktikan bahawa motosikal berkuasa hidrogen boleh dihasilkan maka saiz yang besar itu adalah tidak relevan untuk dibangkitkan ketika ini. 

Apa pun, berdasarkan video yang Kawasaki kongsikan, jelas menampakkan H2 HYSE ini sememangnya boleh ditunggang walaupun masih berada di peringkat awal. 

Kawasaki juga tidak mendedahkan spepsifikasi model tersebut termasuk penggunaan bahan api dan jarak yang boleh dicapai. Untuk rekod, projek HYSE ini dibangunkan bersama Kawasaki, Honda, Yamaha dan Suzuki. 

Google ads
Back to top button