Buletin

65 PEKERJA BOEING KENA PECAT SEBAB PERKAUMAN

Pengeluar pesawat Amerika Syarikat (AS), Boeing mendedahkan telah memecat 65 pekerja dan mendisiplinkan 53 yang lain atas kesalahan perilaku rasisme, diskriminasi atau kebencian sejak Jun tahun lalu.

“Tidak ada tempat untuk kebencian dalam syarikat ini dan kami  mengharapkan yang terbaik daripada semua para pekerja dalam berinteraksi antara satu sama lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Dave Calhoun.

Menurut laporan New York Times, Tindakan tatatertib itu diambil berikutan rancangan ekuiti kepelbagaian syarikat dan pembentukan Pasukan Petugas Ekuiti Kepelbagaian yang bermula tahun lalu.

“Oleh sebab kami telah menyaksikan gambar-gambar mengerikan dalam berita dan mendengar kisah-kisah sedih dari pekerja syarikat ini, maka Boeing nekad  untuk memajukan ekuiti, kepelbagaian dan penyertaan agar menjadi sebuah syarikat yang lebih teguh.

“Sudah jelas bahawa kita memiliki kesempatan untuk memulakan titik perubahan dalam kalangan masyarakat dan keputusan ini adalah satu langkah penting untuk maju ke hadapan,” kata laporan itu. – agensi 

Google ads
Back to top button