Buletin

PROTON LANCAR 4 MODEL EDISI KHAS. HARGA BERMULA RM42,800

Proton melancarkan empat model edisi khas Iriz R3 Limited Edition, Saga R3 Limited Edition, Persona Black Edition dan Exora Black Edition melalui laman Facebok Proton Cars.

Iriz R3 Limited Edition ditawarkan pada harga bermula RM52,900 mankala Saga R3 Limited Edition mempunyai tag harga RM42,300.

Bagi dua model lagi, Persona Black Edition dan Exora Black Edition yang menawarkan warna premium serta elegan berwarna hitam ditawarkan pada harga masing-masing bermula RM54,700 serta RM67,800.

Harga berkenaan sah untuk Semenanjung Malaysia sahaja dan sehingga 30 Jun 2021 dengan pengecualian Cukai Jualan.

Perincian lebih lanjut mengenai model-model terbaharu ini adalah seperti berikut: –

Proton Iriz R3 Limited Edition

  • Didatangkan dengan warna hitam dan kemasan kuning R3
  • Sentuhan pelekat grafik nombor 83
  • Bodykit R3 sporty lengkap pada luaran kereta
  • Lencana R3 pada pintu belakang, spoiler, cermin dan papan pemuka
  • Alas kaki khas R3
  • Bahagian stereng dan tempat duduk dibaluti kemasan kulit
  • Rim rekaan baharu bersaiz 16 inci
  • Pelekat cermin hadapan dan cermin belakang
  • Terhad kepada 1,000 unit sahaja

Proton Saga R3 Limited Edition

  • Tidak banyak beza berbanding model Saga edisi Ulang Tahun
  • Pelekat badan R3, pelekat cermin hadapan dan belakang R3
  • Lencana R3 di bahagian belakang bonet
  • Pelekat di bahagian tingkap mengiktiraf kejayaan Proton dalam bidang pemotoran.
  • Rim aloi 15 inci kemasan kelabu matte
  • Bodykit R3 sporty lengkap pada luaran kereta
  • Bahagian dalaman berwarna hitam dan kuning yang unik
  •  Tempat duduk dibaluti kulit dan
  • Alas kaki edisi terhad R3
  • Terhad kepada 3,000 unit sahaja

Proton Persona Black Edition

  • Kombinasi warna hitam
  • Kemasan emas pada bahagian bawah bampar
  • Kemasan hitam pada gril hadapan
  • Rim dwitona, kemasan warna emas
  • Tempat duduk dan stereng dibaluti kemasan kulit
  • Terhad kepada 2,000 unit sahaja

Proton Exora Black Edition

  • Kombinasi warna hitam
  • Kemasan warna emas
  • Tempat duduk dan stereng balutan kulit leatherette
  • Terhad kepada 500 unit sahaja

Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Edar, Roslan Abdullah berkata, dengan pelancaran empat model Edisi Istimewa pada hari ini, PROTON memberikan lebih pilihan kepada para pelanggan.

“Produk keluaran Malaysia ini mensasarkan pembeli kereta Malaysia dan adalah peringatan bahawa PROTON mempunyai keupayaan sebagai pengeluar kereta ‘servis- sepenuhnya’ yang boleh melakarkan, membuat dan membina kereta-kereta kita sendiri bermula dari sekeping kertas kosong,” katanya.

GALERI

Google ads
Back to top button