Peranti

ACER ASPIRE SWITCH 10 – RM1,399

Acer Malaysia baru-baru ini secara rasminya melancarkan notebook 2 dalam 1 yang sudah lama ditunggu-tunggu, Acer Aspire Switch 10.

SONY DSC

Majlis pelancaran itu juga menyaksikan beberapa tablet mudah alih Acer Iconia baharu, rangkaian notebook Aspire E-series dan siri Acer Aspire All-in-One (AIO) bagi menawarkan ketersambungan yang lebih baik di antara pengguna dan dunia di sekeliling mereka.

Portfolio itu menambahkan lagi rangkaian produk Acer Malaysia yang sudah sedia luas. Ia menawarkan prestasi dan fleksibiliti terbaik pada harga yang berpatutan untuk membantu pengguna agar lebih terhubung dan menjadikan teknologi lebih mudah diakses dengan hanya satu sentuhan.

SONY DSC

“Sentiasa berhubung dengan maklumat, kerja, keluarga dan rakan-rakan amat penting dalam dunia yang dipacu oleh teknologi pada hari ini,” kata Pengurus Besar Acer Sales & Services Sdn. Bhd., Ricky Tan.

Notebook dan tablet ini digabungkan menjadi satu peranti yang fleksibel dan boleh menukar empat mode iaitu sentuhan, menaip, menonton serta berkongsi dengan mudah.

Aspire-Switch-10-mekanika (1)

Peranti pintar ini hadir bersama reka bentuk Acer Snap Hinge™ magnetik yang boleh ditanggalkan bagi memudahkan transisi di antara mode-mode tersebut. Ia juga melibatkan cantuman papan kekunci tanpa selak serta kemampuan storan tambahan pilihan.

Aspire-Switch-10-mekanika (3)

Paparan bersaiz 10 inci itu didatangkan dengan teknologi IPS yang menawarkan sudut tontonan luas sehingga 178 darjah bersama imej-imej yang jelas dan terang, hasil aplikasi teknologi Zero Air Gap. Sebagai tambahan, penyelesaian Acer LumiFlex™ mengoptimumkan pandangan skrin apabila menggunakan Acer Aspire Switch 10 di luar rumah.

Aspire-Switch-10-mekanika (2)

Pendek kata, jika anda mahukan peranti yang menggabungkan kelebihan sebuah notebook dan tablet, inilah jawapannya. Lebih menarik lagi, Acer Aspire Switch 10 ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan iaitu hanya RM1,399 seunit!

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button