
IBU TUNGGAL TUNGGANG SKUTER 1,400KM AMBIL ANAK DUDUKI PEPERIKSAAN
Seorang ibu tunggal di India menunggang sebuah skuter sejauh 1,400 kilometer semata-mata mahu menjemput anaknya di daerah Nizamabad, Telangana, India.
Razia Begum, 50, sanggup menempuh perjalanan begitu jauh bagi mengambil anaknya, Muhammad Nizamudin, 17, yang bakal menduduki peperiksaan perubatan di Hyderabad, lapor India Today.
Bagaimanapun, Muhammad Nizamudin berada di Nellore kerana membantu bapa rakannya yang sakit.
Sebelum perjalanan, Razia yang juga seorang guru dari daerah Nizamabad telah membuat permohonan dari balai polis untuk mendapatkan kebenaran.
Razia memulakan perjalanan Isnin pagi dan tiba di Nellore pada Selasa tengah hari. Dua beranak itu akhirnya selamat tiba di rumah pada Rabu petang.
Sepanjang perjalanan, ibu kepada dua orang anak itu berhenti di balai polis untuk berteduh seketika, selain mengisi minyak.
Polis juga membantu Razia menunjukkan arah jalan supaya dia tidak sesat.
- BACA: PANDUAN MEMBAWA ANAK BERJALAN JAUH DENGAN KERETA
- BACA: BERJALAN KAKI SEJAUH 4.8KM SETIAP HARI KE TEMPAT KERJA, REMAJA INI AKHIRNYA DIHADIAHKAN SEBUAH KERETA
- BACA: BAWA PENUMPANG SEJAUH 230KM, RIDER GOJEK TERIMA ‘BAYARAN’ SELIPAR BURUK SAHAJA
- BACA: WANITA JALAN KAKI LEBIH 4 JAM DARI JB KE SINGAPURA UNTUK URUSKAN SUAMI








