Artikel Pilihan

TOYOTA UJI PENAPIS YANG MAMPU MENYEDUT CO2 DARI UDARA – LAIN MACAM INIVASI TOYOTA NI

Toyota memang mengambil langkah yang cukup berhati-hati sebelum memulakan proses elektrifikasi model-model mereka. Malah mereka merupakan satu-satunya syarikat yang giat mencari teknologi hijau alternative selain EV. Kini mereka sedang menguji satu lagi teknologi yang dijangka mampu mengurangkan kesan penggunaan enjin ICE kepada alam sekitar.

Toyota kini sedang menguji filter ataupun penapis yang dipasang pada bahagian hadapan kenderaan dan mampu menyedut karbon dioksida dari alam sekitar. Buat masa sekarang mereka mengujinya pada jentera perlumbaan GR Corolla berkuasa hidrogen. Ia bukan lagi teknologi neutral karbon tapi lebih kepada begatif karbon. Hebat ni.

Punyalah bijak cara ini sehinggakan ia tidak memerlukan sebarang kuasa tambahan untuk berfungsi. Penapis berbentuk bulat diletakkan di hadapan kereta untuk memerangkap karbon dioksida yang kemudian akan dipanaskan oleh suhu dari enjin sebelum diuraikan ke dalam bentuk cecair yang kemudian boleh dilupuskan.

Ini juga bermakan teknologi ini turut boleh digunakan oleh enjin ICE biasa dan tidak semestinya untuk enjin yang menggunakan hidrogen. Alza vtectec abang pun boleh dik.

Ini merupakan salah satu dari visi Toyota yang mahu menghasilkan kenderaan yang mampu membersihkan udara sambil dipandu. Sayangnya teknologi ini masih lagi baharu dan banyak lagi ujian perlu dilakukan dalam jangka masa panjang.

Penapis ini contohnya hanya mampu memerangkap 20 gram CO2 dalam 20 pusingan di litar bersamaan dengan 91 kilometer perjalanan. Untuk rekod enjin ICE menghasilkan sekitar 8,887 gram CO2 untuk setiap segelen bahan api yang digunakan. Tapi kami rasa ia masih okey untuk peringkat permulaan. 20 gram lagi baik dari 0 gram.

Penapis lebih besar mungkin akan memberikan hasil yang lebih baik tapi macam mana nak pasang kat depan kereta. Kalau depan kepala lori kontena mungkin boleh kot. Namun apa-apa pun idea ni memang bijak. Secara teorinya kereta di belakang boleh menyedut dan membersihkan udara dari emisi kenderaan di hadapan. Bijak bukan?

Google ads
Back to top button