Motosikal

AGV HASILKAN KOLEKSI TOPI KELEDAR LEGENDS – HANYA 3,000 UNIT DI SELURUH DUNIA

Pengeluar topi keledar terkemuka dunia, AGV memperkenalkan koleksi istimewa yang dikenali sebagai Legends.

Topi keledar tersebut adalah untuk memperingati pelumba lagenda Itali, Giacomo Agostini dan Renzo Pasolini yang memenangi lebih 122 perlumbaan dalam saingan Grand Prix.

Koleksi tersebut menjadi tribute kepada topi keledar yang mereka pakai pada tahun 1960 dan 1970-an. X3000 mengetengahkan rekaan topi keledar yang dipakai oleh Pasolini. Ia menampilkan reka bentuk klasik, tetapi dilengkapi semua teknologi keselamatan terkini AGV.

X3000 hadir dengan grafik yang diambil daripada sut perlumbaan Agostini dengan lima warna gegelung Olimpik yang memisahkan di antara warna merah dan putih.

Visor dengan dua butang itu boleh dibuka menggunakan sebelah tangan. Dilengkapi alat ventilasi pada visor, bahagian dalaman dengan kemasan kulit itu juga boleh dibuka.

Menurut AGV, hanya 3,000 unit akan dihasilkan dan dipasarkan ke seluruh dunia. Ditawarkan pada harga AS$449 (RM1,800) seunit, ia didatangkan dalam 10 rekaan termasuklah edisi terhad AGO1.

Bagi Pasolini, AGV menghidupkan kembali topi keledar jet X70 miliknya. Topi keledar jenis open face itu hadir dalam dua profail warna dan sembilan warna lain, pada harga AS$229 (RM920).

“Sebagai tribute kepada Ago dan Paso, kami menawarkan gaya mereka ke dalam dua topi keledar yang bercitarasa klasik, bersama teknologi terkini AGV,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Dainese, Cristiano Silei.

Google ads
Back to top button