
AIR TUMPAH BOLEH SEBABKAN MOD KECEMASAN DIAKTIFKAN, AUDI PANGGIL SEMULA 50,883 UNIT KENDERAAN
Audi telah memanggil semula tujuh model berbeza atau 50,883 unit kenderaan kerana terdapat potensi kegagalan kuasa sekiranya terdapat tumpahan cecair di tempat duduk belakang.
Ketujuh-tujuh model tersebut mempunyai masalah yang sama, di mana bahagian bawah modul kawalan pintu masuk begitu terdedah kepada kemasukan air atau cecair. Sekiranya bahagian itu basah, ia akan mengurangkan kuasa dan mod kecemasan akan diaktifkan.
Menariknya, Audi menghadapi masalah yang sama selepas menangani panggilan semula pada model Q5 dan SQ5 tahun lepas. Antara Ogos hingga September tahun ini, Audi mendapati 38 kes berpotensi berkaitan dengan isu ini dalam kajian tuntutan waranti.

“Tidak ada punca tambahan dari luar atau disebabkan oleh reka bentuk kenderaan itu sendiri,” kata Audi dalam satu kenyataan.
Penggilan semula itu melibatkan 1,414 unit model S7, 1,781 (S6 sedan), 2,152 (RS6 Avant), 1,809 (RS7), 8,915 (A7) dan 2,227 (A6 Allroad). Setakat ini, model paling terjejas ialah sedan A6 dengan 32,585 unit telah dipanggil semula.
Kesemua model yang terjejas itu dihasilkan di antara 27 Julai 2018 dan 4 April tahun ini. Malah, pada 4 April, Audi mula melaksanakan penutup pelindung pada modul kawalan laluan semasa proses pengeluaranbta.
Audi akan menghantar surat kepada pemilik kenderaan mengenai panggilan semula itu selewat-lewatnya pada 20 Januari 2023.
- BACA: MASALAH KAMERA UNDUR, HONDA PANGGIL SEMULA 117 RIBU RIDGELINE DI AS
- BACA: LUCID PANGGIL SEMULA MODEL AIR AKIBAT MASALAH SUSPENSI
- BACA: HANYA KERANA SKRU LAMPU TERDEDAH, LAMBORGHINI PANGGIL SEMULA 4,796 HURACAN
- BACA: MASALAH PAM BAHAN API. TOYOTA PANGGIL SEMULA 3,923 UNIT AVANZA, DIKILANGKAN MULAI OKT 2017 HINGGA JUN 2019