Buletin

SYARIKAT PENERBANGAN TERBESAR AMERIKA LATIN MUFLIS. TANGGUNG HUTANG RM78.4 BILION

Syarikat penerbangan terbesar Amerika Latin, LATAM memfailkan notis muflis di New York apabila mencatat hutang berkaitan pesawat sebanyak AS$2.2 bilion (RM9.6 bilion) dengan lima pemberi hutangnya. 

LATAM mengakhiri tahun 2019 dengan hutang sebanyak AS$18 bilion (RM78.4 bilion) dan aset berjumlah AS$21 bilion (RM91.5 bilion). 

“LATAM Airlines Group dan syarikat bersekutunya di Chile, Peru, Ecuador dan Colombia melakukan penyusunan semula sukarela di bawah perlindungan Bab 11 di Amerika Syarikat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LATAM, Roberto Alvo Alvo.

Prosiding Bab 11 membenarkan syarikat yang tidak lagi dapat membayar hutangnya untuk menyusun semula tanpa tekanan daripada kreditor.

Bulan lalu, syarikat penerbangan Chile-Brazil berkata syarikat itu mengurangkan operasi sebanyak 95 peratus sebagai tindak balas terhadap krisis penularan wabak COVID-19. Ia juga mengumumkan ratusan pemberhentian pekerja pada awal Mei.

Sebelum wabak meletus, LATAM terbang ke 145 destinasi di 26 negara, dengan operasi sekitar 1,400 penerbangan sehari. 

Google ads
Back to top button