Artikel Pilihan

NAK PAKAI MUSTANG TAPI TAK MAMPU – INI MUNGKIN SATU PENYELESAIAN BIJAK

Kita dah biasa sangat tengok budaya convert kereta ni. Toyota MR2 convert jadi Ferrari, Honda NSX bertukar jadi Lamborghini dan kalau kat Malaysia Wira jadi Evo sangat popular 20 tahun lepas.

Lain pula ceritanya di Pakistan, ada seorang jejaka hensem macam penjual karpet yang telah menukar Kia Spectra miliknya menjadi sebuah Ford Mustang. Spectra tu gais, kat sini boleh dibeli terpakai dengan harga tak sampai RM3k.

Jejaka yang dimaksudkan ialah Kamran Rasheed dari SBC Modifier yang telah menyiapkan kereta yang dapat anda saksikan di sini. Bayangkan sebuah sedan buatan Korea yang orang tak pandang sangat sebelum menjelma menjadi sebuah kereta otot ikonik dari AS. Bayangkan masa yang diambil untuk membentuk panel-panel keluli kereta ini. Ya keluli tuan-tuan, bukan fiber semata-mata.

Sebenar kalau tengok dengan mata kasar pun tak ada yang akan tertipu dengan identiti sebenar kereta ini. Tengok dari depan dan belakang memang ada rupa Mustang tapi bila dilihat dari sisi. Nah, tak selari langsung kau haha.

Tapi yang bestnya siap ada pintu gunting ala Lamborghini kau. Jadi kalau korang kutuk-kutuk usaha mamat ni memang tak patut la. Ingat senang ke nak beli Mustang ori kat Pakistan. Kat Malaysia pun keno kumpul downline banyak-banyak dulu hokey.

Tapi ingat Pakistan bukan Malaysia dan hasil kerja beliau ni memang dikagumi ramai kat sana. Macam acik-acik sini yang minat baiya jual karpet bayar bulan-bulan tu. Opps. Malah channel Youtube milik SBC Modifier boleh dikatakan berbaloi untuk dilawati kerana ianya pernuh dengan projek modifikasi ekstrim macam ni.

Ada juga Vauxhall Victor yang diubahsuai menjadi Dodge Challenger. Ini kalau Toretto tengok pun menangis ni. Mamat ni pun macam Dom jugak la kiranya. Memang taksub habis dengan kereta-kereta otot dari AS.

Google ads
Back to top button