Buletin

PERODUA CATAT PENDAFTARAN 5,207 UNIT KERETA SEHARI PADA NOVEMBER 2020. PALING TINGGI DALAM SEJARAH

Perodua diihat berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran akhir tahunnya iaitu 210,000 unit apabila berjaya mencatat jualan 23,119 kenderaan pada November 2020.

Ini termasuklah jualan sebanyak 5,027 unit pada hari ke-30 yang merupakan jumlah pendaftaran paling tinggi yang pernah dicapai oleh Perodua dalam tempoh satu hari.

“Jualan November kami menunjukkan sedikit penurunan berbanding dua bulan sebelum ini iaitu sebanyak 25,035 unit pada September dan 26,852 (Oktober). Biarpun begitu, ia tetap satu pencapaian yang cukup baik, terutama dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar sekarang/ 

“Rekod pendaftaran 5,027 unit sehari membuktikan bahawa ketahanan, ketekunan dan kebolehan menyesuaikan diri mampu membuahkan hasil,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Dengan jualan sebanyak 6,295 unit Myvi, 6,318 Axia, 6,224 Bezza, 2,617 Aruz dan 1,665 Alza pada November, jualan Perodua setakat tahun ini telah mencecah 195,000 kenderaan.

Menurut Zainal, dua keutamaan Perodua pada masa ini adalah untuk memastikan seramai mungkin

pelanggan dapat menerima kenderaan mereka sebelum akhir tahun. Ini bagi membolehkan mereka menikmati harga tanpa cukai jualan. Selain untuk terus menyokong ekosistem automotif

Malaysia dengan skala ekonomi Perodua dalam tempoh yang sukar ini.

Lebih 90% daripada komponen Perodua diperoleh secara tempatan. Ditambah dengan jumlah jualan kenderaanya, ia berupaya menjana perniagaan yang signifikan kepada para pembekal tempatan dan membantu mereka mengekalkan pekerjaan. 

Kenderaan Perodua itu kemudian diedar melalui rangkaian jualan kenderaan terbesar di Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada peniaga bebas.

Mereka mendapat manfaat daripada jualan kenderaan tersebut dan boleh menjana lebih pendapatan jika ada menawarkan perkhidmatan servis dan baik pulih. 

Google ads
Back to top button